KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini memohon kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dari segi penguatkuasaan kepada klinik perubatan swasta yang semakin banyak menerima lambakan pesakit dari fasiliti kerajaan.
Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata pihaknya, yang turut memainkan peranan penting bagi memastikan rawatan dapat diberikan kepada rakyat ketika pandemik COVID-19, amat memahami kepentingan pematuhan prosedur operasi standard dalam sektor penjagaan kesihatan dan mempunyai garis panduan bagi pencegahan penyakit berjangkit.
"MMA telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kes di mana pegawai penguatkuasa telah datang ke klinik di mana bilangan pesakit telah melebihi kemampuan tempat menunggu di klinik-klinik tersebut.
"Pihak berkuasa seharusnya memahami bahawa mereka yang hadir ke klinik swasta terdiri daripada mereka yang tidak sihat dan biasanya ditemani ahli keluarga. Sebilangan pesakit memerlukan rawatan segera dan adalah tidak wajar sekiranya doktor tidak memberikan perkhidmatan yang sewajarnya," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata lambakan di klinik perubatan swasta juga susulan perkhidmatan pemeriksaan COVID-19 kepada masyarakat selain kebanyakan klinik kini menjadi pusat pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Pihak doktor dan kakitangan akan sentiasa memantau bilangan pesakit yang dibenarkan di klinik namun adakalanya ia berada di luar jangkaan. Di sinilah timbang rasa daripada pihak berkuasa amat diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
DR SUBRAMANIAM: MMA telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kes di mana pegawai penguatkuasa telah datang ke klinik di mana bilangan pesakit telah melebihi kemampuan tempat menunggu di klinik-klinik tersebut. - Gambar fail
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Pola pengundian golongan muda dan warga emas seimbang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memberitahu hasil tinjauan SPR mendapati pola pengundian golongan muda dan warga emas dilihat adalah seimbang.
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.
MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar pengawalseliaan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) untuk membendung amalan tidak beretika.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
Lebih 30 peratus doktor dibuli - MMA
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
MMA persoal kerajaan henti pinjaman pelajar perubatan
Meskipun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan dalam bidang itu, namun bukan dengan cara menghentikan pinjaman pengajian.
UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.