Persatuan belia di negara ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai pentingnya mendaftar sebagai pengundi, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Datuk M. Saravanan.
Beliau berkata tanggungjawab memberi kesedaran kepada golongan berkenaan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, malah persatuan belia turut perlu memainkan peranan mereka.
"Saya menyeru kepada persatuan belia kerana di Malaysia terdapat lambakan persatuan yang sangat aktif dan mempunyai bilangan anggota yang ramai, oleh itu mereka ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda pentingnya mendaftar sebagai pengundi.
"Ini seharusnya menjadi tanggungjawab kepada individu untuk mendaftar sebagai pengundi namun persatuan belia perlu berusaha memberi pendedahan supaya golongan belia mendaftar sebagai pengundi," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Pada Ahad, Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dipetik sebagai berkata beliau melahirkan rasa sedih apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan lebih empat juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi dengan majoritinya golongan muda berusia 21 tahun.
Terdahulu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Karnival Deepavali 2017 anjuran Pemuda MIC Negeri Sembilan di sini.
Turut hadir Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan S. Shanmugam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017

SARAVANAN: Di Malaysia terdapat lambakan persatuan yang sangat aktif dan mempunyai bilangan anggota yang ramai, oleh itu mereka ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda pentingnya mendaftar sebagai pengundi. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).

Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.

Pelesenan platform media sosial di Malaysia berkuat kuasa hari ini
Langkah pelesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing.

39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.

Nancy seru masyarakat bantu OKU daftar dengan JKM
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan OKU menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan disediakan oleh kerajaan dan swasta.

KKD pertimbang wajibkan penyedia perkhidmatan media sosial daftar dengan MCMC
Perkara itu dilihat wajar dilaksana bagi memastikan semua platform media sosial berkenaan memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.

Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Seramai 204 pelajar baharu Politeknik Jeli lapor diri walaupun banjir
Pendaftaran dilakukan secara pandu lalu dan selepas mendaftar pelajar terus bergerak ke bilik ditetapkan.

Maahad tahfiz baharu diingat daftar dengan pihak berkuasa negeri
Ia bagi memudahkan penyelarasan bantuan daripada kerajaan Persekutuan, termasuk bantuan peruntukan bagi melancarkan operasi sekolah berkenaan.