KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyeru semua lapisan masyarakat membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berucap pada majlis perasmian sambutan Hari OKU Kebangsaan dengan tema 'Membangun OKU MADANI' di sini, malam tadi, beliau berkata kelebihan pendaftaran itu membolehkan komuniti berkenaan menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan disediakan oleh kerajaan dan swasta.
"Bagi mempelbagaikan kemudahan dan keistimewaan disediakan untuk komuniti OKU, saya ingin mencadangkan agar masyarakat khususnya syarikat swasta bersama-sama menambah kepada penambahan bilangan kemudahan dan keistimewaan yang sedia ada," katanya.
Nancy berkata setakat 31 Okt lepas, sebanyak 681,074 OKU telah berdaftar di bawah tujuh kategori ketidakupayaan menerusi janaan Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU).
Berdasarkan jumlah berkenaan, beliau percaya masih ramai di luar sana yang tidak tahu atau belum membuat pendaftaran OKU.
"Oleh itu, pada hari ini kita membuka kaunter di lobi Hotel Waterfront untuk memberi peluang kepada mereka yang belum mendaftar dan kita berharap lebih ramai menyedari cara berdaftar," katanya.
Mengenai Pindaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang giat dilaksanakan sejak 2022, Nancy berkata setakat 31 Okt lepas, kementeriannya telah membuat semakan terhadap akta itu bersama golongan profesional melibatkan OKU.
"Ini termasuk ahli akademik, perundangan, wakil persatuan OKU dan OKU sendiri berdasarkan pendekatan multidisiplin," katanya.
Hari OKU yang disambut bermula pada 1994 bertujuan membuktikan bahawa komuniti OKU di negara ini juga tidak ketinggalan daripada mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Nancy menerima cenderamata daripada Presiden Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak Adzohari Jamil (kiri) pada majlis sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.