Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah menafikan dakwaan oleh portal media tempatan yang semua bank utama di negara mempunyai peluang untuk menindas peminjam melalui dua kontrak, iaitu surat ikatan tugasan dan perjanjian wakil kuasa.
Katanya, secara umumnya untuk hartanah dengan hak milik, jika berlaku kemungkiran, harta itu akan dirampas melalui proses mahkamah yang bersesuaian.
"Dalam kes seperti itu, hak peminjam untuk notis yang mencukupi dan proses sewajarnya adalah ditentukan oleh undang-undang.
"Sebaliknya, untuk hartanah tanpa hak milik pula menjadi amalan biasa bagi bank untuk mendapatkan kuasa wakil daripada peminjam untuk membenarkan bank menjual hartanah yang mungkir itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pengaturan ini, kata persatuan berkenaan, adalah langkah berjaga-jaga bagi melindungi bank jika perkara seperti itu berlaku.
Bagaimanapun, bank masih memberikan notis mencukupi kepada peminjam terjejas kepada hartanah tanpa hak milik.
"Bank yang menjadi anggota kami diperlukan mematuhi standard ditetapkan pengawal selia berkaitan pengambilan balik hartanah mungkir bagi memastikan ia dibuat secara bertanggungjawab.
"Selain itu, bank juga perlu berbincang dengan peminjam untuk pengaturan pembayaran alternatif.
"Ia adalah satu keperluan untuk bank melakukan proses yang betul, termasuk notis yang mencukupi sebelum tindakan diambil ke atas peminjam yang mungkir," katanya.
Bank, khususnya, perlu mematuhi antara lain, apabila dikesan sebarang tanda-tanda masalah pembayaran balik, bank akan menghubungi pelanggan dengan segera dan mengadakan perbincangan awal ke arah langkah-langkah pembayaran balik alternatif bagi menangani masalah kewangan.
ABM berkata, bank perlu berusaha untuk menawar pelan pembayaran alternatif yang sesuai dengan keadaan pelanggan dan kedudukan kewangan yang sudah berubah dengan tujuan menyelesaikan masalah pembayaran balik pelanggan tersebut.
Mereka (bank) juga perlu memberi maklumat mencukupi agar pelanggan memahami implikasi cadangan pengaturan pembayaran balik, termasuk kemungkinan tindakan mengambil balik jika pelanggan terus mungkir, tambahnya.
Walaupun terdapat pelbagai jenis dokumentasi pinjaman untuk pinjaman perumahan, terdapat undang-undang yang cukup untuk memastikan kepentingan peminjam dilindungi.
Orang ramai boleh menghubungi ABMConnect melalui 1300-88-9980 atau eABMConnect di www.abm.org.my untuk sebrang pertanyaan atau aduan berkaitan pinjaman perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017

Secara umumnya untuk hartanah dengan hak milik, jika berlaku kemungkiran, harta itu akan dirampas melalui proses mahkamah yang bersesuaian.- Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.

Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.

ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.

Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.

Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.