KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan untuk desentralisasi program pembangunan remaja, justeru hanya pemain berusia 16 tahun ke atas yang akan ditempatkan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara bagi pengambilan 2024.
Menurut kenyataan BAM, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Remaja yang bermesyuarat semalam dipengerusikan oleh Datuk V. Subramaniam selepas menerima input daripada Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky dan ketua jurulatih remaja ABM, Jeffer Rosobin.
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.
Sebelum ini, pemain remaja kebangsaan berusia 13 tahun dan ke atas ditempatkan di ABM untuk menerima latihan badminton dan pendidikan di bawah satu bumbung.
BAM memaklumkan, ABM akan memberikan sokongan tambahan kepada pemain bawah 16 tahun yang menunjukkan potensi cemerlang dalam bentuk elaun bulanan dan bantuan kewangan bagi penyertaan kejohanan dan dijemput menyertai latihan di ABM semasa cuti sekolah.
Subramaniam yang juga Timbalan Presiden BAM percaya langkah membenarkan pemain berusia bawah 15 tahun tinggal dengan keluarga adalah penting dalam membangunkan kemantangan, mental dan kesejahteraan emosi pemain.
"Jadi, mereka akan dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik kepada latihan. Data sejarah juga menunjukkan pemain yang menyertai pasukan kebangsaan pada umur 16 tahun tidak berdepan kesukaran berbanding mereka yang menyertai pada usia lebih muda," katanya.
Sementara itu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang memuji keputusan itu berkata langkah berkenaan sejajar dengan matlamat BAM untuk desentralisasi pembangunan badminton dan melibatkan lebih ramai pihak berkepentingan.
"Ia memberi peluang kepada persatuan negeri, jurulatih dan ibu bapa di peringkat akar umbi untuk bekerja lebih lama dengan pemain muda hingga umur 15 tahun sebelum mereka yang terpilih diserap ke ABM. Ini akan meluaskan bilangan pemain yang menjalani latihan sistematik dan menjadi petanda baik buat masa depan," katanya.
Pasukan petugas khas itu juga bersetuju mengadakan lebih banyak kejohanan remaja peringkat kebangsaan, manakala sesi pencarian bakat bagi 2024 dijadualkan bermula 15 hingga 21 Dis ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

BAM memaklumkan ABM akan memberikan sokongan tambahan kepada pemain bawah 16 tahun yang menunjukkan potensi cemerlang dalam bentuk elaun bulanan dan bantuan kewangan bagi penyertaan kejohanan dan dijemput menyertai latihan di ABM semasa cuti sekolah.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.