KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) berpegang kepada prinsip untuk tidak memanjakan pemain yang disifatkan boleh memberi kesan negatif terhadap mereka dalam mana-mana kejohanan disertai pada masa akan datang.
Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata pendekatan memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan skuad kebangsaan.
Beliau berkata kata-kata semangat kepada atlet biarpun sering menampilkan aksi kurang memberangsangkan dalam mana-mana kejohanan juga mampu memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada mereka.
"Kadang-kadang orang sering cakap supaya bangkit lebih kuat tetapi tidak tahulah bagaimana pemain-pemain tafsir perkara itu. Bukan saya tidak suka mengenainya tetapi kadang-kadang pemain perlu dikritik," katanya pada sidang media penilaian pemain kebangsaan di ABM, Bukit Kiara, di sini, hari ini.
Beliau berpandangan semua pemain wajar diberikan kritikan jika tidak menampilkan aksi diharapkan kerana ia mampu menjadi penanda aras kepada pemain untuk menunjukkan peningkatan prestasi di masa akan datang.
Jurulatih kelahiran Indonesia berusia 55 tahun itu percaya ia dalam masa sama mampu mencabar pemain bagi membuktikan kemampuan sebenar yang ada dalam diri masing-masing.
"Sampai bila kita nak manjakan? Kenapa boleh kritik jurulatih tetapi bukan pemain? Kita kritik pemain atas dasar sayang. Saya tidak salahkan netizen tetapi seperti saya cakap, kadang-kadang perlu keras sedikit.
"Sekiranya peminat sentiasa cakap tidak ada masalah walaupun aksi mengecewakan, mereka akan rasa selesa. Apa yang anda cakap setiap hari, itu yang akan beri kesan kepada mental mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Rexy berkata, pendekatan memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.

Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.

ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.

Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.

Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.