MAJLIS Istiadat Berbedak Pengantin Diraja sempena Istiadat perkahwinan Diraja di antara anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat berlangsung pada Rabu malam di Istana Nurul Iman Brunei.
Istiadat berbedak merupakan majlis keempat daripada 10 hari, yang dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.
Mengikut adat istiadat Diraja Brunei Darussalam, Istiadat Berbedak Diraja bagi Pengantin Laki (Lelaki) dan Pengantin Bini (Perempuan) diadakan pada sebelah malam mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Mengikut kelazimannya Pengantin Bini yang didahulukan untuk menjalani Istiadat ini walaupun iannya diadakan pada malam yang sama kecuali jika Pengantin Laki adalah Putera Sultan yang gahara.
Putera Gahara bermakna bonda kepada Pengantin Laki adalah berdarah raja dan bukan orang kebanyakan.
Apa yang anda perlu tahu tentang Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei?
1. Majlis dimulakan dengan perarakan 40 pembawa tombok diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda bermulanya Istiadat Berbedak Pengantin Diraja itu.
2. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menculiki (mencalit) Bedak Diraja kepada paduka anakanda Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah, yang diadakan secara berasingan di tempat yang sama.
3. ‘Adat Berbedak’ adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedakkan untuk menambah serinya wajah. Ia umpama majlis merenjis bagi tradisi di Malaysia.
4. Bagi perkahwinan bukan Diraja, kebiasaannya adat berbedak akan diadakan di rumah masing-masing dan dilangsungkan berasingan.
5. Bedak yang digunakan dalam istiadat ini diadun khas dengan tujuh warna berserta air mawar yang diisi ke dalam bekas perak beralas gangsa.
6. Istiadat Menculiki Bedak Diraja disusuli oleh kerabat diraja dan kemudian diikuti oleh ayahanda dan bonda Pengantin Diraja Perempuan.
7. Giliran untuk mencalit bedak adalah mengikut tertib yang mana didahului dengan individu yang mempunyai kedudukan yang tertinggi.
8. Mengikut tradisinya, selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanak-kanak memakai ‘sesandang’ yang berlainan warna.
9. Selepas itu, pengantin akan meniup memadamkan lilin dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali.
10. Acara mandian itu juga akan disusuli dengan pembakaran kemenyan bagi menaikkan bau segar harum pengantin.
11. Di majlis perkahwinan pasangan Kerabat Diraja ini juga, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah mendapat sentuhan solekan dari jurusolek Filipina, Denise Go Ochoa dan busana hasil tangan pereka Malaysia, Teh Firdaus.
Azyyati Ahmad
Thu Jan 11 2024

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dibedakkan oleh bondanya Yang Mulia Datin Paduka Seri Mariam Abd. Aziz dalam Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pernikahan Putera Mateen-Dayang Anisha: Apa itu Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei?
Istiadat berbedak merupakan majlis keempat daripada 10 hari, yang dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Putera Mateen berkahwin Januari 2024
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan.