KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Jun untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka hampir 14 tahun lepas.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli.
Teoh Leong Hwee, 75, dan isterinya Teng Shuw Hoi, 70, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 4 Jan tahun lepas, dengan menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
Pada 16 Jun tahun lepas, pasangan itu memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman.
Pasangan itu memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama, kedua dan ketiga untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka dalam jangka masa munasabah telah melanggari Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Pada 5 Jan 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock pada 2009 bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terlibat dalam kematiannya manakala pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.
Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
![Permohonan semakan kehakiman ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock didengar 6 Jun Permohonan semakan kehakiman ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock didengar 6 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674731796_TBTEOHBENGHOCK.jpg)
Pada 16 Jun tahun lepas, pasangan itu memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
![Hakim tarik diri semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock Hakim tarik diri semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686028350_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Hakim tarik diri semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada Selasa memaklumkan telah menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock.
![PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671695804_SaifuddinNasution.jpg)
PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC.
![Kes Teoh Beng Hock: Ibu bapa mendiang dapat kebenaran untuk mulakan semakan kehakiman Kes Teoh Beng Hock: Ibu bapa mendiang dapat kebenaran untuk mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648012231_TeohBengHock.jpg)
Kes Teoh Beng Hock: Ibu bapa mendiang dapat kebenaran untuk mulakan semakan kehakiman
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh 13 tahun lalu.
![Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock fail tindakan undang-undang Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock fail tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648012231_TeohBengHock.jpg)
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock fail tindakan undang-undang
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi bagi memohon supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka.
![Bukit Aman panggil 14 saksi bantu kes kematian Teoh Beng Hock Bukit Aman panggil 14 saksi bantu kes kematian Teoh Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561824586_TeohBengHock.jpg)
Bukit Aman panggil 14 saksi bantu kes kematian Teoh Beng Hock
Polis akan memanggil 14 saksi lagi untuk membantu siasatan kes kematian bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock selepas Peguam Negara mengarahkan kes kematian mengejut itu disiasat semula.
![Siasatan kematian Teoh: Peguam Negara keluar kenyataan minggu depan Siasatan kematian Teoh: Peguam Negara keluar kenyataan minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561824586_TeohBengHock.jpg)
Siasatan kematian Teoh: Peguam Negara keluar kenyataan minggu depan
Sebelum ini secara tidak rasmi Tommy Thomas ada menghubungi saya dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.
!['Sama ada beliau bodoh atau tak faham' - Kit Siang 'Sama ada beliau bodoh atau tak faham' - Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523015656_LimKitSiang.jpg)
'Sama ada beliau bodoh atau tak faham' - Kit Siang
Perbalahan antara veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu membuka semula siasatan ke atas kes kematian berprofil tinggi berterusan.
![Pemuda Pakatan Rakyat gesa Pusat segera selesai kemelut Pemuda Pakatan Rakyat gesa Pusat segera selesai kemelut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71379600833_295x200.jpg)
Pemuda Pakatan Rakyat gesa Pusat segera selesai kemelut
Sayap Pemuda Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan menggesa kepimpinan pusat untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dengan segera.
![Inkues awal Beng Hock tidak terperinci - peguam Inkues awal Beng Hock tidak terperinci - peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81409923359_295x200.jpg)
Inkues awal Beng Hock tidak terperinci - peguam
Salah seorang peguam yang terlibat dalam inkues Teoh Beng Hock berpendapatbahawa terdapat isu-isu di mana pihak berkuasa mungkin 'terlepas' ketika penyiasatan.
![Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41397999383_295x200.jpg)
Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock
Polis akan membuka semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal.