KUALA LUMPUR: Kerajaan terus membela nasib mendiang Teoh Beng Hock dan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dengan memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian mereka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2018, pihak polis telah membuka kembali kertas siasatan kes Beng Hock di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).
Menurutnya, kertas siasatan itu juga telah dikembalikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pegawai penyiasat (IO) pada 6 Januari 2023.
“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC bagi arahan selanjutnya.
“Polis telah memanggil semula saksi-saksi terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan dan telah mengedarkannya semula kepada pihak AGC bagi ulasan dan pandangan,” katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen.
Saifuddin menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan status terkini siasatan semula kes kematian Beng Hock dan Muhammad Adib serta tindakan susulan yang akan diambil oleh kerajaan dalam kedua-dua kes itu.
Pada 2009, Beng Hock yang juga bekas pembantu Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemukan meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam beberapa jam selepas tiba untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14.
Sementara itu, bagi kes kematian Muhammad Adib, sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematiannya, berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 9 Oktober 2021.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan turut dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), serta Peguam Negara.
“Jawatankuasa Khas tersebut telah memulakan proses siasatan pada 21 Disember 2021 dan menyerahkan Laporan Akhir kepada kerajaan dan pertimbangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.
Muhammad Adib yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 19 2024

Saifuddin Nasution berkata, pihak polis telah membuka kembali kertas siasatan kes Beng Hock di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah). - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

Isu 3R: Pemimpin pembangkang berisiko jika undang-undang dikuat kuasa, kata Saifuddin
Pemimpin politik diingatkan tidak lagi menjadikan isu 3R sebagai modal politik kerana boleh menimbulkan ketidakstabilan dalam negara.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

KDN kenal pasti calon Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution
Proses pemilihan calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

AKPS permudah urusan, kurangkan kerenah birokrasi - Saifuddin Nasution
Pengoperasian AKPS yang bermula Februari lepas berjaya mengurangkan kerenah birokrasi dengan ketara.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.