KUALA LUMPUR: Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka hampir 13 tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan yang dikemukakan oleh Teoh Leong Hwee, 74, dan isterinya Teng Shuw Hoi, 69.
Beliau berkata permohonan itu mempunyai merit untuk didengar dan menetapkan 30 Jun untuk pengurusan kes.
Prosiding hari ini dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly serta Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali dari AGC, yang bertindak bagi pihak Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
Ibu bapa mendiang diwakili peguam Ramkarpal Singh, Harshaan Zamani dan Simranjit Kaur.
Menerusi permohonan yang difailkan pada 4 Jan lepas, pasangan itu memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama, kedua dan ketiga untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka dalam jangka masa munasabah telah melanggari Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.
Mereka juga menuntut deklarasi bahawa PDRM cuai serta cuba menafikan hak keperlembagaan pemohon di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan selain perintah mandamus agar Ketua Polis Negara melengkapkan siasatan kematian Beng Hock dalam tempoh sebulan dari tarikh penghakiman.
Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan walaupun tiga pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Beng Hock, siasatan didapati belum lengkap kerana berdasarkan surat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bertarikh 21 Sept 2021, Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan kembali kertas siasatan kepada Ketua Polis Negara pada 3 Sept 2021.
Mereka mendakwa kertas siasatan berhubung kematian Beng Hock telah dikembalikan kepada responden pertama, kedua dan ketiga oleh AGC untuk siasatan lanjut namun ia masih belum dilengkapkan oleh pihak polis walaupun insiden itu berlaku hampir 13 tahun lepas.
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.
Pada 5 Jan 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock pada 2009 bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terlibat dalam kematiannya manakala pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.
Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Kes Teoh Beng Hock: PDRM dapatkan nasihat AGC untuk lengkapkan siasatan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mahkamah perintah PDRM lengkap siasatan kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Kerajaan terus bela nasib Beng Hock, Adib
Kerajaan terus membela nasib mendiang Teoh Beng Hock dan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dengan memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian mereka.

PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.

Hakim tarik diri semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada Selasa memaklumkan telah menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock.

PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC.

Kes Teoh Beng Hock: Ibu bapa mendiang dapat kebenaran untuk mulakan semakan kehakiman
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh 13 tahun lalu.

Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock fail tindakan undang-undang
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi bagi memohon supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka.