SHAH ALAM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semula saksi-saksi berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 bagi melengkapkan kertas siasatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada tahun 2018, PDRM telah membuka kembali kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).
“Kertas siasatan tersebut telah dikembalikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pegawai penyiasat (IO) pada 6 Januari 2023.
“Pihak PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC bagi arahan selanjutnya,” kataya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan status siasatan semula mendiang Teoh Beng Hock sejak 2018 dan kesudian Kerajaan Perpaduan menubuhkan satu pasukan siasatan baharu untuk menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.
Untuk rekod, Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Mendiang merupakan Setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 21 2023

Saifuddin Nasution berkata, PDRM telah membuka kembali kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah). - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Kes Teoh Beng Hock: PDRM dapatkan nasihat AGC untuk lengkapkan siasatan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mahkamah perintah PDRM lengkap siasatan kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Kerajaan terus bela nasib Beng Hock, Adib
Kerajaan terus membela nasib mendiang Teoh Beng Hock dan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dengan memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian mereka.

PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.

Hakim tarik diri semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada Selasa memaklumkan telah menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock.

PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC.

Kes Teoh Beng Hock: Ibu bapa mendiang dapat kebenaran untuk mulakan semakan kehakiman
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh 13 tahun lalu.

Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock fail tindakan undang-undang
Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi bagi memohon supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka.