KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjangkakan permohonan bantuan kebajikan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 1.5 juta susulan penetapan baharu had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional sejak Julai lepas.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata pada masa ini, had PGK nasional baharu adalah RM2,208 berbanding RM980 yang telah diguna pakai sejak tahun 2005.
Beliau berkata penetapan had itu berdasarkan pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada 2019 yang melihat kepada realiti rakyat pada masa kini.
"Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 5.6 peratus, inilah realiti rakyat kita sekarang. Kita (kerajaan) ambil kira dari segi aspek kehidupan dan pemakanan mereka (rakyat), memang saya (kementerian) menjangkakan lebih ramai lagi yang layak untuk memohon di bawah program-program bantuan kementerian.
"Setakat ini, hampir 400,000 penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, itu diambil kira daripada garis PGK RM980 sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan 'Temu Minda: Kebajikan Rakyat Dalam Cabaran COVID-19' yang disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjadi hos rancangan itu.
Sementara itu, Rina berkata dalam tempoh pandemik COVID-19 kini, ramai yang terjejas dari segi pendapatan, justeru KPWKM menyediakan kursus secara dalam talian untuk membantu rakyat yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan.
"Alhamdulillah...apabila mereka ubah cara perniagaan daripada konvensional atau biasa kepada dalam talian menampakkan perubahan, sekarang ramai yang duduk di rumah, jadi membeli di hujung jari, ini mendatangkan pendapatan kepada mereka (peniaga dalam talian)," katanya.
Rina berkata mulai bulan ini, KPWKM turut mengadakan program 'Zero to Million' untuk membimbing golongan wanita terutamanya ibu tunggal yang ingin memulakan perniagaan.
"Kementerian mengambil inisiatif ini untuk membantu dan menjangkakan 100,000 wanita akan menyertainya (program Zero to Million)," katanya.
Sementara itu, Pakar Pengurusan Pelaburan dan Kewangan Dalam Pembangunan Wanita Datuk Jamelah Jamaluddin mencadangkan agar diwujudkan Bank Pembangunan Wanita bagi membantu golongan berkenaan memulakan perniagaan.
"Justeru, KPWKM memainkan peranan penting untuk memberi bimbingan dan latihan kepada kaum wanita yang mahu berniaga agar mereka tidak teragak-agak membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Rina berkata mulai bulan ini, KPWKM turut mengadakan program 'Zero to Million' untuk membimbing golongan wanita terutamanya ibu tunggal yang ingin memulakan perniagaan. -Gambar fail

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.

Pembunuhan Nuraina Humaira: KPWKM beri khidmat sokongan, kaunseling kepada keluarga
Khidmat kaunseling akan diberikan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira Rosli, seorang kanak-kanak OKU yang dipercayai mati dibunuh.

Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.

509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

KPWKM cadang naikkan bantuan geran pelancaran daripada RM2,500 kepada RM5,000
Ini merupakan usaha KPWKM membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Peluasan PAWE peringkat komuniti dapat kekang kepadatan Rumah Seri Kenangan - Nancy
Inisiatif peluasan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di peringkat komuniti dilihat mampu mengatasi kepadatan penghuni di Rumah Seri Kenangan.

Pemasangan CCTV dipertimbang jadi syarat wajib perbaharui lesen taska - Nancy
KPWKM sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan CCTV sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska.

Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian
JKM akan bekerjasama dengan agensi lain untuk salur bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan
KPWKM menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.