KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk menambah jumlah pemberian bantuan geran pelancaran dalam Skim Bantuan Kebajikan daripada RM2,700 kepada RM5,000.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini adalah usaha KPWKM untuk membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan, malah kadar geran itu wajar dinaikkan bersesuaian dengan keadaan ekonomi ketika ini.
"Kami sudah bawa dalam mesyuarat pengurusan kami untuk meningkatkan lagi (geran pelancaran itu) daripada RM2,700 kepada RM5,000. Kalau MOF (Kementerian Kewangan) setuju, alhamdulillah kami boleh laksanakannya...itu yang kami hendak lakukan," katanya kepada Bernama.
Bantuan geran pelancaran dengan kadar maksimum RM2,700 secara sekali bayar itu bertujuan memperkasakan ekonomi kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.
Ditanya mengenai pertimbangan KPWKM untuk menaikkan setiap kadar elaun bantuan di bawah JKM berikutan cabaran ekonomi semasa, Nancy berkata, perkara itu tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia melibatkan proses belanjawan negara.
"Namun, jika ada perubahan yang berlaku terhadap klien (penerima bantuan) kami itu, seperti baru-baru ini saya di Kuching, Sarawak, klien terima RM300 dan apabila jadi OKU (Orang Kurang Upaya) yang langsung tidak dapat buat apa-apa, kami sarankan supaya tambah elaunnya kepada RM500. Perkara sebegini dapat kami lakukan.
"... tetapi insya-Allah kami akan sentiasa cuba ketengahkan perkara ini kerana ia permintaan yang popular dalam kalangan rakyat...saya percaya kami tidak akan mengetepikan permintaan sebegini," katanya.
Beliau juga berkata, pegawai KPWKM telah diminta untuk percepatkan proses permohonan bantuan bagi golongan berkelayakan sebagai usaha kementerian itu untuk membantu mereka dalam mendepani cabaran ekonomi ketika ini.
Menyentuh mengenai kemuncak sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 pada Jumaat ini, Nancy berkata, pelbagai program bagi memperkasakan golongan wanita terutamanya dari sudut ekonomi disediakan pada hari berkenaan.
"Program-program ini juga melibatkan pelbagai pihak berkaitan yang akan memberikan penerangan serta membuka peluang kepada golongan wanita lebih kepada sudut ekonomi dan pada masa sama, KPWKM juga akan beri penerangan mengenai undang-undang untuk keselamatan wanita," katanya.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 bertemakan "Wanita Dijulang, Negara Gemilang" akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk menambah jumlah pemberian bantuan geran pelancaran dalam Skim Bantuan Kebajikan daripada RM2,700 kepada RM5,000, kata Nancy. - Gambar fail Bernama
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

KPWKM cadang naikkan bantuan geran pelancaran daripada RM2,500 kepada RM5,000
Ini merupakan usaha KPWKM membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.