PUTRAJAYA: Seorang pemuda berusia 21 tahun yang menghidap penyakit saraf dengan memiliki berat hanya 10 kilogram di Terengganu akan menerima bantuan bersesuaian, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi menyalurkan bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.
Mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyampaikan maklumat kepada kementerian dan kerajaan berkenaan pelbagai isu masyarakat yang perlu diberi perhatian segera, Nancy berkata, JKM telah menyantuni Muhammad Hafizuddin dan keluarganya di rumah mereka pada 20 Jun lepas.
"KPWKM mengalu-alukan maklumat daripada semua lapisan masyarakat agar setiap kumpulan sasar kementerian dapat dibela dan seterusnya disantuni segera untuk kita bersama membangun Malaysia Madani," katanya.
Menurut Nancy, Muhammad Hafizuddin juga adalah merupakan penerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sejak November 2020.
Media sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.
Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 dan nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi melapor dan menyalurkan maklumat berkenaan kanak-kanak, warga emas serta komuniti yang memerlukan bantuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Muhammad Hafizuddin Ismail yang berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun. - Gambar SINAR HARIAN
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian
JKM akan bekerjasama dengan agensi lain untuk salur bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.