SEMATAN : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska meskipun kerajaan sebelum ini sudahpun mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.
"Bagaimanapun, ada juga di antara mereka (pengusaha taska) yang tidak memasangnya walaupun sudah diminta supaya patuhi syarat itu. Jadi kami sedang berbincang untuk ambil tindakan dengan tidak memperbaharui lesen taska yang tidak memasang CCTV," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penangguhan Pesta Sematan di sini, hari ini.
Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu akan dilakukan melibatkan agensi, jabatan dan pemain industri yang terlibat esok (Isnin).
"Kos untuk pemasangan CCTV tidak sepatutnya menjadi isu kerana CCTV sekarang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, kami nak mendengar maklum balas dan bagaimana kami akan perhalusi perkara ini, sebelum kami teruskan pelaksanaannya," katanya.
Dalam pada itu, Nancy berkata langkah untuk menutup taska yang terlibat dengan kes penderaan perlu diteliti secara mendalam kerana ia akan turut memberi kesan kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke taska terbabit.
"Kita akan memberi beban kepada ibu bapa (lain) jadi kita tidak boleh tutup begitu sahaja hanya kerana satu kes itu," katanya.
Pada Jumaat, menteri itu berkata KPWKM merancang untuk menguatkuasakan undang-undang CCTV di setiap premis taska berdaftar bagi menangani isu penderaan kanak-kanak.
Katanya dalam enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 3,767 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
Mengenai Pesta Sematan 2023, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata pesta berkenaan mampu menjadikan pekan terakhir yang terletak di penghujung sebelah barat Borneo itu sebagai destinasi tarikan pelancong.
"Kawasan ini mempunyai banyak tempat menarik dan pelbagai acara yang diadakan sempena pesta ini seperti perlumbaan basikal pastinya menarik peserta dari luar Sarawak sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Menurut Nancy, dalam enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 3,767 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya
Arahan itu berikutan operator taska berkenaan akan menghadapi pendakwaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2011.

Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.

Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.

Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar
Seorang bekas pengasuh dipenjara 14 bulan kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.

Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah dera bayi di taska
Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera seorang bayi perempuan di sebuah Taska di Kampung Raja, di Jertih.