ISKANDAR PUTERI: Kekurangan bekalan telur ayam di pasaran negeri ini berpunca daripada peningkatan permintaan yang mendadak terhadap semua jenis kategori telur sehingga melebihi bekalan sebanyak 10 hingga 12 juta biji telur seminggu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri negeri Lee Ting Han berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa punca peningkatan permintaan itu, antaranya penggunaan telur bertambah di peringkat industri termasuk pembuatan kek dan roti.
Justeru, kerajaan negeri menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam usaha meningkatkan lagi pembekalan telur dan ayam di pasaran.
"Di Johor kita ada bekalan antara 10 juta hingga 12 juta telur pelbagai jenis kategori setiap minggu dan bekalan itu kekal sama, tapi permintaan meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan kekurangan di pasaran pada masa ini," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status aduan kekurangan bekalan telur dan ayam di Johor serta usaha kerajaan negeri dalam mengatasinya.
Sementara itu, Lee turut mengesahkan menerima satu aduan oleh pembeli berkenaan penjualan telur kotor di daerah itu baru-baru ini dan peniaga terlibat telah dipanggil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
"Terdapat satu hingga dua kes telur kotor dan rosak yang tular di media sosial dikesan sejak beberapa hari lepas. Satu aduan rasmi berhubung telur kotor berlaku di Johor Bahru sudah diterima dan siasatan sedang dilakukan," katanya.
Terdahulu, Lee (BN-Paloh) ketika menjawab soalan lisan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) berkata di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang dilaksanakan sejak 5 Feb lepas, sebanyak 6,655 pemeriksaan dilakukan dan 235 kes diambil tindakan di bawah Akta Kawasan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Daripada jumlah itu, 10 kes di peringkat peladang, 15 kes di peringkat pemborong dan 210 kes di peringkat peruncit. Jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah RM 118,100," katanya.
Jefridin bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah kekurangan barang makanan seperti ayam dan telur di pasaran terutamanya pada musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Permintaan yang mendadak terhadap semua jenis kategori telur sehingga melebihi bekalan sebanyak 10 hingga 12 juta biji telur seminggu. - Bernama
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.