KUCHING: Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kadar kelahiran di negara ini yang semakin menurun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata penganjuran majlis sedemikian juga membantu pasangan muda, khususnya dari sudut ekonomi memandangkan mereka tidak perlu menanggung kos pernikahan yang tinggi.
"Kalau buat majlis (pernikahan) sendiri, sama ada di masjid atau rumah, mereka kena bayar sewa ruang sekali, jadi dapat kita lihat bagaimana kerajaan boleh membantu untuk berkolaborasi (dengan majlis agama negeri).
"Penganjuran sebegini perlu dipertingkatkan dan mudah-mudahan dapat menambah bilangan penduduk kita di Sarawak dan seterusnya Malaysia," katanya ketika ditemui selepas program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Oktober lepas, kadar kesuburan penduduk Malaysia telah menurun dengan mendadak sejak lima dekad lepas, dengan bilangan anak bagi seorang wanita pada 2022 hanya 1.6 orang berbanding 6.7 orang pada 1957, sekali gus menjadikan kadar itu paling rendah pernah dicatat dalam negara.
Berikutan itu, Nancy dilaporkan berkata kementeriannya akan melaksanakan kempen berkaitan pembinaan keluarga bermula tahun depan, seperti penganjuran seminar bagi menggalakkan orang muda berkahwin seterusnya membina keluarga.
Terdahulu, Nancy menyaksikan seramai 30 pasangan selamat diijabkabulkan pada program Akad Semarak Ummah 2023 yang dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Nancy menyantuni pasangan pengantin pada Majlis Akad Nikah Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana Petra Jaya hari ini. - Foto Bernama
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.