KUALA LUMPUR: Menternak lalat? Barangkali ada yang menganggap itu kerja kurang waras, sementelah lalat diketahui umum sebagai "pengotor" dan pembawa penyakit.
Jangan salah sangka kerana lalat yang dimaksudkan ialah lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) yang dibuktikan secara saintifik bukan vektor penyakit dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.
Sebaliknya, larva BSF merupakan sumber protein yang tinggi dan amat sesuai dijadikan makanan ternakan seperti ayam dan ikan, sekali gus berpotensi menjadi alternatif utama bagi industri ternakan negara yang pada masa ini terlalu bergantung pada makanan ternakan import.
Apatah lagi dunia kini mengalami peningkatan harga barangan termasuk makanan ternakan, yang mana menurut media, harga satu beg dedak ayam seberat 50 kilogram (kg) kini mencecah RM102 berbanding RM85 sebelum ini, iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus sejak Oktober tahun lepas.
Justeru, mahu tidak mahu penternak juga menaikkan harga ternakan mereka, menyaksikan impak melata sepanjang rantaian bekalan hingga ke peringkat pengguna yang kini terpaksa membayar harga yang mahal untuk seekor ayam bagi hidangan keluarga.
SUMBER ALTERNATIF
Sedar akan perlunya industri ternakan negara mengurangkan kebergantungan pada makanan import, pelbagai pihak mengetengahkan sumber alternatif termasuk larva BSF.
Pensyarah kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2013 mengenal pasti serangga itu sebagai antara sumber protein yang baik untuk haiwan ternakan.
"Membiak serangga, terutamanya lalat, mungkin sesuatu yang pelik bagi masyarakat kita, namun, berdasarkan kajian yang dijalankan bersama pemain industri, penghasilan larva BSF mampu mengurangkan kos pembelian makanan ternakan seperti dedak.
"Yang menariknya, satu gram telur BSF berharga sekitar RM10 mampu menghasilkan tiga hingga empat kg larva yang boleh terus digunakan atau diproses sebagai makanan alternatif ternakan," katanya kepada Bernama.
Norhidayah mengetuai pasukan penyelidik UM yang aktif menjalankan penyelidikan bagi mencari sumber protein alternatif tempatan sejak tahun lepas, dalam usaha mengurangkan kebergantungan pada sumber import seperti jagung bijian dan soya.
Beliau yakin penternakan BSF secara meluas dapat membantu menstabilkan industri ternakan negara memandangkan harganya jauh lebih kompetitif berbanding makanan ternakan yang diimport.
"Kalau penternak ayam ternak sendiri BSF dan ganti penggunaan dedak dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus dengan larva BSF, kos makanan ayam akan berkurang," jelasnya.
Malah katanya kegunaan BSF bukan setakat untuk makanan ternakan tetapi juga dalam bidang lain seperti farmaseutikal, biodiesel, pengurusan sisa organik dan yang terkini, kosmetik.
MUDAH DITERNAK
Menurut penyelidik itu, BSF atau nama saintifiknya Hermetia Illucens mempunyai kitaran hidup yang singkat iaitu sekitar 45 hari dan serangga dewasa akan bertelur ketika berusia 30 hingga 35 hari, manakala larva boleh dituai dalam tempoh 15 hingga 18 hari selepas menetas.
Antara kelebihan BSF ialah serangga ini mudah dijumpai di seluruh dunia dan senang membiak dalam cuaca panas, justeru amat sesuai diternak di Malaysia, jelasnya.
"Untuk menternak hanya perlu sediakan sisa organik bersesuaian. Contohnya, letak kira-kira satu gram larva BSF di dalam sebuah besen bersama sisa makanan dan tutup dengan kelambu. Biarkan ia membesar hingga saiz prapupa iaitu kira-kira seinci (2.54 cm)," katanya, menambah pada masa ini begitu mudah untuk mendapatkan telur BSF termasuk menerusi platform e-dagang.
Menurut Norhidayah, larva boleh diberikan terus kepada ayam atau diproses kepada bentuk palet berprotein tinggi, sementara untuk makanan ikan, larva diproses menjadi tepung yang kemudian dimasukkan ke dalam adunan palet.
Larva BSF juga memainkan peranan menguraikan sisa organik untuk pembentukan kompos, jelasnya dan menambah antara negara yang mengamalkan penternakan BSF secara meluas ialah Belanda.
BERPOTENSI DIKEMBANGKAN
Penternakan larva BSF di Selangor berkembang sejak beberapa tahun lepas dan usaha itu diperluas ke Kelantan menerusi kerjasama penyelidik UM dengan sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin, Ain Aquaculture Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kampung Gajah, Pengkalan Chepa.
Menerusi kerjasama itu, penduduk setempat dan kawasan sekitar didedahkan kepada penternakan larva BSF, dan menurut Pengurus Ain Aquaculture Mohamad Akib Baharom, buat masa ini kebanyakan peserta adalah Orang Asli dan mereka diajar cara membiak BSF untuk dijadikan makanan ternakan ikan.
Dimulakan pada 2020, projek ini sudah memberikan pulangan positif kepada usahawan Orang Asli terbabit, ujarnya ketika dihubungi Bernama.
"Ikan yang kita gunakan dalam kajian berfasa ini ialah ikan siakap yang diternak di dalam kolam seluas 0.2 ekar di sini. Kos permulaan bagi projek BSF hanya membabitkan pembelian telur BSF dan yang selebihnya untuk melengkapkan fasiliti yang sudah ada di tapak projek, iaitu sekitar RM10,000," katanya.
Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan usahawan di bawah Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan membangunkan fasiliti ternakan BSF di Kok Lanas dengan mengubah suai kandang lembu yang sudah lama terbiar.
Menurut Mohamad Akib, penternakan larva BSF turut mewujudkan industri hiliran seperti penjualan telur dan larva BSF serta baja organik yang mampu memberikan pendapatan agak lumayan kepada peserta industri.
PERBANYAK PELUANG PENYELIDIKAN
Dalam pada itu, Norhidayah berkata usaha memperluas pembiakan BSF perlu dipergiatkan lagi dengan memperbanyak penyelidikan selain menaik taraf fasiliti penghasilan BSF menggunakan teknologi automasi.
Menurutnya, sekalipun Malaysia mempunyai iklim yang cukup sesuai untuk penternakan larva BSF, buat masa ini tidak ramai usahawan yang terlibat sedangkan permintaan dari dalam dan luar negara terhadap sumber protein itu amat tinggi.
"Sebahagian besar pengusaha BSF di Malaysia adalah syarikat luar yang mengeksport larva BSF ke negara lain seperti rantau Eropah kerana harganya lebih tinggi. Selain itu, di sebalik permintaan domestik yang tinggi, industri penternakan BSF tidak dikawal selia.
"Sekiranya kita dapat tingkatkan kadar pengeluaran domestik serta menambah lebih ramai usahawan dalam industri BSF ini, impaknya ialah harga yang lebih kompetitif dan menguntungkan semua pihak yang berkenaan," ujarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Larva BSF merupakan sumber protein yang tinggi dan amat sesuai dijadikan makanan ternakan seperti ayam dan ikan. - Gambar fail BERNAMA
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Lalat askar hitam sumber alternatif utama makanan ternakan - Menteri
Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan.
Perluas biak 'black soldier fly' sebagai makanan alternatif haiwan ternakan
Lalat askar hitam terbukti secara saintifik bukan vektor penyakit dan tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.
Lalat askar hitam urus sisa buangan sampah secara lestari - Tuan Ibrahim
Larva-larva lalat askar hitam adalah model terbaik digunakan untuk kaedah melupuskan sisa-sisa makanan secara lestari.
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan
Kajian menunjukkan BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.