KAJANG: Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Beliau berkata satu penyelidikan berkaitan penggunaan larva tersebut bagi industri ternakan negara sedang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd.
"Ini kerana larva lalat tersebut mempunyai kandungan protein tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bagi menggantikan bahan makanan ternakan yang kita import.
"Penyelidikan ini berpotensi bagi merintis penyelesaian makanan ternakan bercirikan antimikrob dan tahap nutrisi tinggi bagi menyumbang kepada sektor makan dan akuakultur yang mampan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) menandakan komitmen bersama FELDA dan Abeco Nature Science dalam penyelidikan itu yang dijangka siap dalam tempoh kurang daripada dua tahun.
Menurutnya, alternatif itu juga merupakan antara usaha ke arah menjamin keselamatan dan kemampanan makanan negara, selain dapat membantu menstabilkan harga makanan serta menggalakkan sektor pertanian yang berdaya tahan.
Chang berkata penyelidikan tersebut juga memberi sumbangan penting dalam kemajuan Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, yang merupakan satu daripada tunjang utama dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0.
Katanya, penggunaan larva lalat itu juga menawarkan cara semula jadi untuk mengurangkan pergantungan antibiotik terutamanya dalam industri perladangan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Larva BSF mempunyai kandungan protein tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan. - Foto fail/BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Lalat askar hitam sumber alternatif utama makanan ternakan - Menteri
Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan.