KUANTAN: Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen, selain menyifatkan mesyuarat penubuhan Perikatan Nasional (PN) negeri juga sebahagian ke arah itu.
Mesyuarat penubuhan PN Pahang yang berlangsung di sini malam tadi, turut memilih Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebagai pengerusi.
"Kita sekarang dalam keadaan di mana ada parti yang berada dalam kerajaan PN, namun tiada dalam parti PN. Itu yang menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan banyak pihak, dan bagi Bersatu sudah tentu lebih baik kita berada dalam kerajaan PN dan parti PN," katanya selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di sini hari ini.
Ditanya mengenai pendirian Bersatu Pahang dengan ketetapan PAS yang kekal mempertahankan PN dan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin bersama UMNO, Saifuddin berkata mereka menghargai hakikat PAS masih dengan UMNO.
"Di sana (kerjasama PAS dengan UMNO) kelihatan ada jambatan dan Bersatu Pahang tidak mahu membakar jambatan. Jika kita tak pandai buat jambatan, jangan dibakar," katanya dan menambah sebarang keputusan akhir adalah bergantung kepada pimpinan parti masing-masing.
Beliau berkata mesyuarat penubuhan PN Pahang malam tadi, dengan kehadiran pimpinan negeri Bersatu, PAS dan Gerakan, berlangsung dalam suasana mesra, saling memahami dan sepakat, bahawa belum tiba masa untuk memulakan perbincangan pembahagian kerusi kerana menunggu arahan pucuk pimpinan.
"Kita pada tahap mahu meningkatkan kemesraan antara satu sama lain. Belum sampai masa yang dipersetujui untuk berbincang mengenai pilihan raya umum. Kita juga berpegang kepada peribahasa jangan berlunjur sebelum duduk," katanya.
Beliau berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan dan kerjasama mewujudkan PN Pahang, selain jelajah beliau ke 13 daripada 14 Parlimen negeri ini mendapat sambutan 'baik dan mesra' daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.
Saifuddin dijadualkan bertemu dengan pimpinan parti PN Pahang Rompin pada 9 April ini, manakala mesyuarat Bersatu Pahang akan berlangsung pada 10 April, serta bersetuju bahawa mesyuarat kedua akan berlangsung pada pertengahan Mei ini di Temerloh, dengan PAS sebagai tuan rumah.
Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada 64 ketua keluarga B40, tablet kepada 60 pelajar dan sumbangan RM100,000 untuk menaik taraf dan pembesaran Masjid Balok Makmur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
![Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan - Saifuddin Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611245605_DATUKSAIFUDDINABDU.jpg)
SAIFUDDIN: Kita sekarang dalam keadaan di mana ada parti yang berada dalam kerajaan PN, namun tiada dalam parti PN. - Gambar fail/BERNAMA
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
Tumpuan Jumaat – 16 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723734879_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715345_ShamsulAnuarNasara.jpg)
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![PN sedang bangunkan satu gabungan besar parti politik - Saifuddin PN sedang bangunkan satu gabungan besar parti politik - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616687299_SaifuddinAbdullah.jpg)
PN sedang bangunkan satu gabungan besar parti politik - Saifuddin
PN sedang membangunkan satu gabungan besar parti-parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baharu negara.
![Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan - Saifuddin Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611245605_DATUKSAIFUDDINABDU.jpg)
Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan - Saifuddin
Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil.