KANGAR: Seramai 37.7 peratus penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas di Perlis sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam dan negeri itu dijangka memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh seminggu lagi, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof.
"Perlis tidak lama lagi akan beralih kepada Fasa Tiga PPN, namun perkara tersebut akan dibentangkan dalam mesyurat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri kelak," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut Azman, tahap pematuhan janji temu pemberian vaksin di negeri itu sangat baik dan kewujudan dua pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan 2020, Kangar dan Dewan Sri Melati di Beseri selain PPV bergerak yang digerakkan di seluruh Perlis membolehkan rakyat negeri itu menerima vaksin dengan lebih cepat.
Kerajaan menetapkan vaksinasi dua dos perlu mencapai kadar 40 peratus daripada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) pada tahap selamat dan kes harian COVID-19 berada di bawah angka 2,000 bagi mebolehkan Fasa Dua PPN beralih ke Fasa Tiga.
Perlis merupakan antara lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini selain Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Azman menerima sumbangan 200 kit makanan menerusi program 'MAFI PRIHATIN' berupa buah-buahan tempatan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang akan disampaikan kepada petugas barisan hadapan di PPV negeri ini.
Azman berkata inisiatif itu adalah program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang masih berperang membendung penularan COVID-19.
"Ini adalah kali ketiga program sebegini kita jalankan kerana nak pastikan petugas barisan hadapan kita terus bersemangat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021

Tahap pematuhan janji temu pemberian vaksin di negeri Perlis sangat baik, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.