KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata Perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli parti itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang menjamin hak keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada lima Ahli Parlimen berkenaan.
Perkara itu terkandung dalam surat Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee pada 9 Julai lepas, bagi memberitahu mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berikutan keahlian mereka dalam parti itu telah terhenti.
Salinan surat itu juga ditujukan kepada lima Ahli Parlimen berkaitan iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Thalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
"Berkenaan dengan surat permohonan oleh Bersatu kepada kelima-lima Ahli Dewan Rakyat kembali ke kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, saya mendapati sehingga hari ini mereka masih duduk di blok Pembangkang. Justeru itu, saya mendapati dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A (1) Perlembagaan Persekutuan," kata Johari menerusi surat berkenaan.
Dalam mempertimbangkan notis Ronald itu, Johari berkata beliau telah merujuk beberapa dokumen berkaitan seperti Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti D.R 7 Tahun 2022 (Penyata JKPK).
"Ini termasuk Penyata rasmi bertarikh 11 April 2022 mengenai Rang Undang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022; dan Penyata rasmi bertarikh 27 dan 28 Julai 2022 mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Usul Mengenai Penyata JKPK itu," katanya.
"Saya mendapati daripada dokumen-dokumen tersebut bahawa tujuan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa yang panjang.
"Selain itu, saya juga melihat kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan. Malaysia mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia juga merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.
"Ini kerana di bawah Keluhuran Perlembagaan, kesemua undang-undang atau peraturan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," menurut surat itu lagi.
Mengenai keputusan tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan, menurut surat berasingan Johari memaklumkan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak sedang berbicara dalam kes mahkamah susulan Ahli Parlimen berkenaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman membawa tindakan terhadap Bersatu melalui pemfailan guaman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Oleh kerana kes ini sedang dalam pertimbangan mahkamah, maka saya tidak mahu merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara dalam kes mahkamah itu dengan keputusan saya di bawah Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johari telah bertindak berdasarkan Perlembagaan dan taksiran undang-undang, semasa memutuskan enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu kekal sebagai wakil rakyat.
Semalam Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu menerima surat daripada Johari pada lewat petang Selasa lepas yang menyatakan tidak berlaku kekosongan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Pada 20 Jun lepas, Ronald berkata notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen berkenaan telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keenam-enam Ahli Parlimen itu diberikan notis gugur keahlian parti pada 12 Jun lepas apabila mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Johari berkata Perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli parti itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.
AWANI Ringkas: Wanita diserang ketika hendak tunaikan solat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
AWANI Tonight: 9th August 2024
#AWANITonight with Farhana Sheikh
- Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
- Ringgit: will upward momentum continue?
#AWANIEnglish #AWANINews
- Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
- Ringgit: will upward momentum continue?
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Ringgit - Will upward momentum continue?
The Ringgit has staged a notable recovery following an 11-day straight rally against the USD, but will this upward momentum continue? Mohd Sedek Jantan from UOB Kay Hian Wealth Advisors weighs in.
AWANI Tonight: Tesla halts ASEAN expansion due to losses, competition - PM
Tesla’s reported decision to abandon plans to build EV factories in the region was not a result of Malaysia’s performance or polices, says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan
"Mungkin minat yang besar terhadap pasukan polis mendorong wartawan berkenaan menulis laporan tersebut."
AWANI Ringkas: Dakwa rombakan PDRM | Tiga wartawan enggan dedah sumber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut
Nurul Izzah terpaksa turun beraksi dalam pusingan repechage selepas tewas kepada Sophie Capewell pada pusingan pertama acara pecut.
Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri
Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing.
Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun
Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.
Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara
Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) membuka peluang kepada golongan muda bersuara, mengemukakan pandangan serta mendalami konteks sidang Dewan Rakyat dengan lebih jelas.
Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan usaha pada mempertingkatkan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina
Suatu sidang khas Parlimen perlu diadakan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun.
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik
Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun.
Yang Dipertua Dewan rakyat lawat DUN Semenanjung Malaysia mulai esok
Tan Sri Johari Abdul akan mengadakan lawatan kerja ke DUN di Semenanjung Malaysia mulai esok hingga 13 Ogos sempena Pra-Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024.
Islam larang baca qunut nazilah kepada sesama Muslim - Mufti
Mufti Terengganu berkata, perbuatan itu mesti ditegah; Mufti Perlis menegaskan, doa yang dipanjatkan kepada Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.