KUALA LUMPUR: Pemandu p-hailing dinasihatkan supaya membawa kenderaan dengan perlahan dan tidak melanggar lampu merah ketika sedang menghantar barang pelanggan.
Nasihat itu disuarakan Pengerusi Lembaga Pengarah Global Alliance of Road Safety, Prof Kulanthayan KC Mani yang menegaskan, kemalangan melibatkan pemandu p-hailing dapat dikurangkan sekiranya mereka mematuhi peraturan sebaiknya.
Menurutnya, terdapat tiga jenis kemalangan yang biasa berlaku melibatkan pemandu tersebut iaitu pelanggaran depan, pelanggaran belakang dan pelanggaran sisi.
BACA: Tiga hingga empat penunggang p-hailing terlibat kemalangan seminggu
“Dalam tiga jenis pelanggaran ini, pelanggaran yang paling bahaya ialah langgar depan dan di lampu isyarat, risiko untuk langgar depan cukup tinggi.
“Sebab itu kita bimbang apabila ‘p-hailing riders’ atau mana-mana pengguna jalan raya, apabila mereka langgar lampu merah dan bergerak, mereka akan bertembung kenderaan di laluan lain, semuanya akan jadi langgar depan.
“Kemungkinan kemalangan langgar depan ini akan berakhir dengan kemalangan maut adalah tinggi dan ini yang kita cukup bimbang.
“Sebab itu kita minta kepada kedua-dua pihak, kepada pemandu p-hailing ini dan pengguna jalan raya, anda perlu kurangkan kelajuan anda untuk keselamatan anda dan juga jangan langgar lampu merah. Itu cukup bahaya pada diri anda,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Ahad.
Tambah beliau, pemandu p-hailing juga dinasihatkan supaya tidak melawan arus terutamanya untuk memendekkan jarak perjalanan kerana ia meningkatkan risiko pelanggaran depan.
Selain itu, Kulanthayan juga menasihatkan mereka supaya lihat dan rancang destinasi ingin dituju sebelum bergerak, bukan ketika dalam perjalanan.
“Jika di mana anda perlu lihat semula ‘maps’, berhenti di tempat selamat, lihat dahulu kemudian barulah gerak.
“Kita bimbang jika buat dua kerja pada masa sama, tumpuan tidak diberi sepenuhnya kepada jalan raya dan kita terdedah kepada kemalangan.
“Tapi kita kena ingat, bila kemalangan, bukan hanya kita terlibat tapi orang lain juga boleh menjadi mangsa,” ujarnya.
Astro Awani
Sun Jun 26 2022

Pemandu p-hailing dinasihatkan supaya membawa kenderaan dengan perlahan dan tidak melanggar lampu merah ketika sedang menghantar barang pelanggan. - Gambar hiasan

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna.

Pasaran sewa naik 3.9 peratus, tertinggi dalam lima tahun kepada purata RM2,052 - IQI
Kadar sewa nasional berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra COVID-19.

RM22 juta peruntukan untuk nelayan Sabah tahun ini - LKIM
Beliau berkata peruntukan RM22 juta itu melibatkan elaun sara hidup nelayan.

MITI sokong pelaburan teknologi untuk tingkat kemahiran tempatan - Tengku Zafrul
Bagi membangunkan bakat tempatan, Tengku Zafrul berkata, Dyson Malaysia turut bekerjasama dengan CREST, sebuah agensi di bawah MITI.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT
Matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Salji lebat tidak bermusim ganggu lalu lintas waktu puncak di Seoul
Kesesakan lalu lintas berlaku di pelbagai bahagian di Seoul apabila kereta perlahan di jalan licin.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Tiga cedera, bas ekspres bawa warga Singapura ke Cameron Highlands terbabas
Berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspress membawa 23 penumpang warga Singapura yang telah terbabas ke bahu jalan.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.