Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah kembali beroperasi hari, menurut pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

"Berita baik! Kami ingin memaklumkan bahawa kedua-dua Aerotrains di KLIA sudah beroperasi secara normal. Hanya sebuah tren yang kini sedang menjalani pemeriksaan penyelenggaraan seperti yang dijadualkan.

"Jangan keberatan untuk ke kaunter informasi kami jika anda memerlukan sebarang maklumat. Semoga perjalanan anda selesa," kata satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook.

09/04/20161104hrs Great news! We would like to share that both of the Aerotrains in KLIA are operating as per...

Posted by Malaysia Airports on

Perkhidmatan Aerotrain antara terminal utama dan bangunan satelit dilaporkan terganggu pada Jumaat kerana kerja-kerja penyelenggaraan.

Mengakui masalah itu berpunca daripada isu dalam penyelenggaraan, MAHB dalam status di Twitter memberitahu bas berganti-ganti (shuttle) disediakan di dua lokasi terbabit bagi membawa penumpang.

Ratusan penumpang terkandas semalam malah majoriti menunggu tren lebih daripada sejam.