Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan kedua-dua tren bagi perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 3.48 petang tadi.
"Kami berterima kasih kepada pasukan kejuruteraan kami yang bekerja tanpa henti selama 24 jam untuk menjalankan penyenggaraan segera terhadap tren terbabit. Kami juga menghargai kesabaran anda (penumpang)," kata MAHB menerusi laman sosial Facebook rasminya.
MAHB juga memberi jaminan pasukan petugasnya di lapangan terbang lain di negara ini sedang bekerja keras bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang pada musim cuti puncak ini.
Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi dengan anggaran lebih 90,000 orang sehari.
Perkhidmatan aerotrain itu kembali beroperasi pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada tren tersebut.
Bernama
Mon Dec 25 2017

Kedua-dua tren bagi perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kembali beroperasi seperti biasa.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.

Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.

Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.

Aerotrain 90 peratus siap, MAHB diharap selesaikan isu kontrak - Loke
Set pertama Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini dalam pembinaan di Wuhu, China, telah hampir 90 peratus siap.

Perubahan drastik KLIA Terminal 1 dalam masa tiga tahun - Loke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mengalami perubahan drastik dalam masa tiga tahun.

Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke
Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara
Keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.

Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA - Anthony
Penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.

Program penggantian aerotrain KLIA dimuktamadkan pada 2025 - MAHB
Program penggantian 'aerotrain' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka selesai menjelang 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).