KUALA LUMPUR: Projek Penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadual siap lebih awal menjelang 31 Jan, 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.
Pengendali lapangan terbang itu berkata garis masa yang dipercepat telah dimuktamadkan menerusi kontrak yang dimeterai pada 14 Jun, 2024, membabitkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) dan usaha sama merangkumi IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV).
MA Sepang adalah anak syarikat milik penuh MAHB and Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd (Alstom).
"Sebagai pihak utama penyelarasan projek, Alstom akan memantau penghantaran tiga tren baharu, menaik taraf dua laluan dan pengujian komprehensif secara menyeluruh yang diperlukan bagi keselamatan operasi," katanya.
MAHB berkata berdasarkan garis masa projek, tren aero baharu itu dijangka tiba di Malaysia dari China menjelang akhir suku ketiga tahun ini.
"Aerotrain berkenaan kemudiannya akan melalui proses pengoperasian dan pentauliahan serta ujian ketat oleh pihak berkuasa berkaitan sebelum dapat beroperasi secara rasmi," katanya.
Pada Mac 2022, MAHB mengumumkan telah menganugerahkan Projek Penggantian Aerotrain KLIA, yang mempunyai garis masa untuk disiapkan selama tiga tahun.
Bagaimanapun, projek berkenaan mengalami kelewatan dan disusuli dengan penganugerahan projek baharu pada Januari 2024 kepada konsortium merangkumi Alstom, pengeluar peralatan asal Aerotrain dan JMC-Pestech JV untuk mengemudi projek itu agar kembali kembali ke landasan asal.
"Walaupun ada halangan ini, MAHB dan rakan kongsi projeknya bekerjasama secara berkesan untuk mencapai tarikh siap lebih awal daripada jadual asal dengan melaksanakan strategi inovatif dan pengurusan projek yang cekap," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Mohamed Rastam Shahrom menyifatkan penyiapan projek lebih awal daripada tarikh asal, sebagai bukti komitmen berterusan untuk meningkatkan pengalaman penumpang.
"Kemajuan sedemikian tidak hanya menangani keperluan operasi yang segera, tetapi turut memperkukuh kedudukan KLIA sebagai hab pengangkutan utama di rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan dan prasarana bertaraf dunia kepada para pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Sembilan 'ulat kad SIM' warga asing ditahan di KLIA
Sembilan lelaki warga Bangladesh dipercayai 'ulat kad SIM' ditahan dalam operasi khas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Perhilitan akan mengambil langkah proaktif bagi membanteras perdagangan hidupan liar di pintu masuk negara.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Warga AS didenda RM6,500 miliki sebutir peluru di KLIA
Peguam merayu hukuman ringan kerana peluru itu milik abang tertuduh dan tertuduh dalam perjalanan ke Myanmar untuk perkahwinan.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.