KUALA LUMPUR: Syor yang diajukan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem & Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) tahun lalu tersekat kemajuannya susulan pertukaran kerajaan, di samping penularan pandemik COVID-19.
Perkembangan terakhir mengenai tindakan susulan daripada syor tersebut adalah persetujuan kerajaan terdahulu untuk membentuk jawatankuasa khas kabinet dengan seorang menteri kanan sebagai ketuanya.
Demikian didedahkan bekas pengerusi ERC Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman kepada Astro AWANI dalam program Agenda AWANI semalam.
“Saya ada berjumpa dengan Datuk Takiyuddin Hassan (bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang) dan itulah yang diucapkan beliau.
“Saya sudah berjumpa juga dengan menteri yang berkenaan dan memang beliau mengakui, mungkin pada ketika itu secara lisan beliau telah diberi tugas oleh Perdana Menteri pada masa itu berbincang dengan pihak kami bagaimana urusan-urusan untuk melaksanakan pelbagai rekomendasi yang dibuat oleh ERC ini dapat diatur supaya dilaksanakan sebrapa segera yang boleh,” katanya.
Namun, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berdepan krisis keabsahan dan menyaksikan ia terbubar sebelum Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Di bawah pentadbiran baharu dengan kabinet baharu ini, Ab Rashid belum lagi mendapat sebarang maklumat tentang perkembangan syor yang dibuat oleh pasukannya itu, berkenaan siapa, di mana dan bagaimana ia dapat diteruskan.
“Selepas itu, banyak berlaku masalah politik dalam kerajaan dan banyak tumpuan diberikan kepada masalah COVID-19 dan masalah ekonomi.
“Jadi, nampaknya perkara ini terdiam. Lepas itu, apabila berlaku perubahan sekali lagi ini, saya tidak tahu menteri berkenaan itu masih terlantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas kabinet ini atau tidak,” jelas beliau.
BACA: ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya
BACA: Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid
Dalam laporan bertarikh 18 Dis 2020, Ab Rashid memberitahu bahawa beliau dimaklumkan yang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut untuk mengkaji syor ERC itu secara mendalam dan akan menubuhkan sebuah badan untuk memprosesnya.
Beliau berharap supaya dapat mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan untuk membincangkan semula hal ini, juga mahu melibatkan sama blok pembangkang bagi menjayakan usaha mereformasi sistem pilihan raya negara ini.
“Saya bagi peluang dahulu kepada kerajaan, bagi mereka tenang dahulu sebelum saya hendak masuk berbincang.
“Matlamat kita adalah untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang telus, adil, bebas dan bertaraf antarabangsa, setaraf dengan negara-negara maju yang lain,” tambahnya.
Ab Rashid menjadi tetamu program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar pada Selasa. Tonton di sini:
Perkembangan syor ERC: Tersekat kerana COVID-19 dan pertukaran kerajaan
Israr Khalid
Tue Oct 12 2021

AB RASHID: Saya bagi peluang dahulu kepada kerajaan, bagi mereka tenang dahulu sebelum saya hendak masuk berbincang. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid
Ia perlu dilaksanakan secara bersama supaya mempunyai impak lebih besar untuk memperbaiki sistem sedia ada.

Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19
Ab Rashid mahu berjumpa kerajaan untuk bincang semula tindakan susulan syor mereformasi sistem pilihan raya yang diajukan pihaknya.

Struktur semula SPR: Cukup dua entiti, urus pendaftaran, audit parti politik - ERC
Ia termasuk memberi hak kepada SPR untuk mengendalikan pendafataran dan menguruskan perjalanan parti politik termasuk mengaudit kewangan parti.

ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya
Ab Rashid berkata, pelaksanaan itu akan mengikut keutamaan dan kesesuaian selain melihat ia akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dewan Rakyat: Jawatankuasa khas ditubuhkan kaji laporan ERC
ERC telah menjalankan kajian selama lebih dua tahun dan telah selesai pada awal bulan Ogos lalu.

Pelan rancangan pulih aliran tunai Felda dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri.

Tiba masa untuk semakan dibuat bagi tangguh pilihan raya ketika krisis - ERC
ERC menyambut baik jaminan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK Batu Sapi akan diadakan segera apabila pandemik COVID-19 berakhir

Pilihan raya ketika krisis COVID-19: PRK Batu Sapi perlu ditangguh
Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lalu telah membekalkan satu pengajaran tentang implikasi mengadakan pilihan raya dalam persekitaran pandemik.

Syor ERC: Ahli politik perlu ada keikhlasan serta iltizam jujur - Akhbar Satar
Ahli politik perlu mempunyai keikhlasan serta iltizam politik yang jujur untuk memberi rakyat kuasa memilih wakil yang berwibawa dan jauh dari menyalahguna kuasa dan fraud.

Ini 10 syor dikemuka ERC kepada PM
Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berharap kesemua cadangan itu akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi memastikan amalan demokrasi melalui pilihan raya dapat dipertingkatkan.