Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video di laman sosial YouTube yang didakwa menyindir dan mempertikai keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.
Ketua Wira Perkasa Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh bersama 10 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini pada pukul 1.44 tengah hari.
Beliau mendakwa video bertajuk 'The Effing Show #95: Allah, Apa Lagi?' tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
"Skrip dan lakonan dalam video ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mendakwa video yang berdurasi 6 minit 30 saat itu mengandungi unsur-unsur menyindir dan mempertikaikan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 14 Okt lepas berhubung penggunaan kalimah Allah.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terlibat dalam pembikinan video itu.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 14 Okt lepas membuat Keputusan bahawa The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
Bernama
Wed Oct 30 2013
![Perkasa Perak buat laporan polis berhubung video kait kalimah Allah Perkasa Perak buat laporan polis berhubung video kait kalimah Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Ratusan berkumpul di Istana Kehakiman bagi kes rayuan kalimah 'Allah' Ratusan berkumpul di Istana Kehakiman bagi kes rayuan kalimah 'Allah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/81378784596_295x200.jpg)
Ratusan berkumpul di Istana Kehakiman bagi kes rayuan kalimah 'Allah'
Sekitar 400 hingga 500 orang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman pagi ini bagi pendengaran kes rayuan Kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.