Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Perintis 2014) menjadi medan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menunjukkan bakat dalam menghasilkan produk-produk berteknologi tinggi yang boleh diketengah untuk dikomersialkan.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Profesor Dr Roslan Zainal Abidin berkata, pertandingan ini menggalakkan peserta untuk lebih berani dalam meneroka idea-idea baru dalam penciptaan teknologi canggih.
Suasana sekitar Perintis 2014 di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) - Gambar IUKL
"Tahun ini, 97 kumpulan pencipta mempamerkan produk mereka. Ini menunjukkan reaksi positif dan sokongan yang menggalakkan daripada komuniti akademik seperti institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Politeknik, MRSM, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Kebangsaan dari seluruh Malaysia.
"Kita sangat optimis bahawa Perintis 2014 akan mewujudkan kesedaran dan memupuk budaya ciptaan dan inovasi di kalangan pendidik serta pelajar," katanya.
Perintis 2014 dianjurkan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) IUKL dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan disokong oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Perintis adalah pertandingan dua tahun sekali dan IUKL mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah edisi sulung tahun ini.
Selain emas, gangsa dan perak pingat, produk terbaik juga diberi anugerah khas termasuk Anugerah Pencipta Muda, Anugerah Rekacipta Harapan, Anugerah Potensi Perdagangan, Anugerah Gerai Terbaik dan Penyelidikan Malaysia dan Persatuan Inovasi (MyRIS) selain anugerah khas dari Hong Kong Invention Association (HKIA) dan Korea University Invention Association (KUIA).
Suasana sekitar Perintis 2014 di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) - Gambar IUKL
Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Professor Dr. Siti Maziha Mustapha berkata, hasil produk peserta dilihat aset penting yang boleh dikembangkan untuk dikomersial di peringkat lebih tinggi.
"Pertandingan ini memberi peluang peserta menampilkan idea dan melihat sendiri kekuatan ciptaan mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi," ujarnya.
Perintis 2014 adalah usaha perintis IUKL dalam menganjurkan pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mensasarkan penyertaan IPTS.
IUKL sebelum ini pernah menganjurkan pertandingan seumpama itu melalui Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi KLIUC 2011, Pertandingan Reka Cipta dan Infrastruktur (IUIIC) 2012 dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (IUIIC) 2013.
Astro Awani
Wed Sep 10 2014
Perintis 2014 medan IPTS medan pelajar teroka hasil teknologi untuk dikomersialkan - Gambar IUKL
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Perintis 2014 medan IPTS medan pelajar teroka hasil teknologi untuk dikomersialkan
Perintis 2014 jadi medan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menunjukkan bakat dalam menghasilkan produk-produk berteknologi tinggi yang boleh diketengah untuk dikomersialkan.