KUALA LUMPUR: Perintah Khidmat Masyarakat, yang bertujuan mencegah pesalah mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan, diperkasa dengan penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pelaksanaannya menerusi pelancaran Program Ilmu dan Bakti.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kenyataan memaklumkan program itu dilaksanakan secara kolaborasi antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
"Perintah Khidmat Masyarakat merupakan program yang dilaksanakan dengan matlamat untuk mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat melalui arahan/perintah melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan tanpa bayaran manakala Program Ilmu dan Bakti merupakan nilai tambah yang diterapkan oleh kementerian melalui penghayatan amalan nilai-nilai kerohanian dalam melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat.
"Kementerian berharap pendekatan ini dapat menyuntik kesedaran dan menimbulkan keinsafan buat mereka seterusnya membentuk keperibadian pelatih yang beristiqamah dan kental dalam menangkis sebarang pengaruh negatif yang boleh memudaratkan diri serta berupaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang masalah dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut JKM, ini merupakan antara usaha dalam mensejahterakan masyarakat melalui tarbiah dan pendekatan kolaboratif institusi masjid dengan komuniti setempat.
Kenyataan itu menyebut sehingga Mei 2022, seramai 482 pelatih sedang menjalani Perintah Khidmat Masyarakat terdiri daripada 336 pesalah muda yang meliputi 19 pesalah dewasa dan 127 kanak-kanak.
Menurut statistik JKM dari 2019 hingga 2021, bilangan kes yang telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat ialah 2,267 iaitu 780 kes pada 2019; 827 kes pada 2020 serta 660 kes pada 2021 dan daripada jumlah itu, sebanyak 62 peratus adalah pesalah muda, 35 peratus kanak-kanak dan hanya tiga peratus terdiri daripada pesalah dewasa.
Majlis pelancaran Program Ilmu dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusof di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai dekat sini.
Menerusi kenyataan sama, Siti Zailah berharap program itu dapat diperluas ke seluruh negara dengan mempertingkat pelbagai variasi aktiviti dan penglibatan institusi masjid bermula tahun ini.
"Saya yakin dan percaya bahawa Program Ilmu dan Bakti ini dapat menggalakkan komuniti terutama institusi masjid dan ahli kariah masjid untuk sama-sama merasai kebertanggungjawaban bersama dalam mendukung aspirasi Kerajaan sebagai sebuah keluarga membawa anak-anak pelatih ini ke arah kehidupan yang lebih baik dalam persekitaran yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Menurut statistik JKM dari 2019 hingga 2021, bilangan kes yang telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat ialah 2,267 iaitu 780 kes pada 2019; 827 kes pada 2020 serta 660 kes pada 2021.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.