Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang memantau dan akan memasang perangkap bagi menangkap seekor buaya yang dilaporkan muncul di beberapa kawasan di Pasir Puteh dan Bachok, sejak Selasa lepas.
Pengarahnya, Edy Ermanty Haniff Mohamed Haniff berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan bagi melihat kelakuan spesies buaya tembaga yang dilaporkan, sebelum memasang perangkap.
"Spesies itu mempunyai habitat di kawasan air tawar (payau) termasuk sebahagian kawasan air masin sebagai kawasan rayau," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu, buaya berkenaan menjadi tular di media sosial apabila spesies itu kelihatan berenang memasuki Kuala Tok Bali di Pasir Puteh, manakala sebelum itu haiwan berkenaan dilihat muncul di Pantai Irama, Bachok dan berjemur di tebing sungai Kampung Telaga Gayong, juga di Pasir Puteh.
Situasi itu membimbangkan penduduk termasuk kaki pancing serta penternak lembu dan kerbau yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi ternakan mereka meragut rumput pada setiap hari.
Edy Ermanty Haniff berkata, terdapat kemungkinan haiwan itu merayau di lokasi berkenaan kerana kurangnya kehadiran manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Jika ia hanya laporan kehadiran bukan konflik, ada kemungkinan spesies itu akan kembali mengasingkan diri dari habitat kehadiran manusia," katanya.
Beliau, bagaimanapun, berkata pihaknya tetap memasang perangkap dan membuat rondaan di kawasan-kawasan yang dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 28 2020
Perhilita Kelantan sedang memantau dan akan memasang perangkap bagi menangkap seekor buaya yang dilaporkan muncul di beberapa kawasan di negeri itu. -Gambar hiasan
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Lelaki ditemukan lemas di Bachok
Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan lemas di dalam sungai dekat Padang Melintang, hari ini.
Guru bahasa Arab maut dalam kemalangan di Bachok
Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, pada kira-kira 2 petang tadi.
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.
Dulu ligat di padang, kini mentor perternakan lembu sado
Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK).
Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di Pantai Damat
Wan Muhammad Afif Danial Wan Mohd Nasir meninggal dunia beberapa minit selepas dibawa naik ke tepi pantai.
Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas di Pantai Kemayan Bachok
Seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Pantai Kemayan di Bachok pagi tadi.
Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari
Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama 7 hari.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Bas ekspres terbabas di Bachok, 10 cedera
Sepuluh penumpang cedera apabila bas Ekspres Perdana dinaiki terbabas sebelum terbalik di selekoh Kampung Bator di Bachok.