KOTA BHARU: Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pasir tanpa muatan seberat 10 tan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, mangsa Nur Ain Fitriah Zakaria, 25, yang memandu Perodua Myvi dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari Bachok ke Pasir Puteh selepas mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Hidayah Al Islamiah Kampung Chap dekat Bekelam, di sini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Pegawai Bomba Kanan II Abdurrashid Ab Rahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 2.40 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 11 anggota dan sebuah jentera.
"Ketika tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan tersepit dan sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
"Bomba mengambil masa selama setengah jam bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis," katanya di sini.
Sementara itu, ayah mangsa, Zakaria Mat, 54, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dekat sini berkata beliau menerima berita mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 2.15 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
"Allahyarhamah adalah anak kedua daripada lima beradik dan kereta Myvi saya belikan untuknya sejak enam bulan lepas bagi memudahkan pergi kerja," katanya.
Beliau berkata arwah anaknya itu baru tiga bulan mengajar di sekolah berkenaan selepas lebih setahun setengah tamat pengajian di Mesir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024
Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pasir tanpa muatan seberat 10 tan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi. - Foto Sinar Harian
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Guru bahasa Arab maut dalam kemalangan di Bachok
Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, pada kira-kira 2 petang tadi.
Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.