Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan oleh anggota Batalion 7 PGA bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 ekor burung Murai Batu, seekor burung Luris Leher dan tujuh ekor burung Kunyit Pacat dijumpai dalam premis tersebut tanpa dokumen penyimpanan rasmi daripada Perhilitan.
"Anggaran rampasan bernilai RM39,750 dan suspek seorang wanita berumur 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA