BACHOK: Seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Pantai Kemayan di sini pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Fadhlullah Mohamad adalah pelajar Sekolah Intergrasi Rendah Teras Islam (SIRTI), Kluang, Johor.
Mangsa dikatakan hilang di Pantai Kemayan selepas cuba untuk menyelamatkan anak saudaranya berusia 11 tahun yang tergelincir dari benteng pemecah ombak di pantai berkenaan sekitar jam 7.15 pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut mangsa bersama ibu saudaranya berusia 19 tahun cuba menyelamatkan Muhamad Nabil Irfan Ismail Mokhtar berusia 11 tahun yang tergelincir jatuh ke laut.
Kedua-dua saudara mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga lain, manakala mangsa hilang di bawa ombak.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin memaklumkan operasi mencari mangsa dimulakan pagi tadi melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lain lain.
Bagaimanapun sehingga petang ini, mangsa belum ditemukan.
Mangsa bersama ahli keluarga lain dikatakan menginap di salah sebuah chalet berhampiran pantai berkenaan sejak semalam.
Keluarga mangsa sedang bercuti dan mengadakan hari keluarga di pantai berkenaan sempena cuti sekolah.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut berdepan kesukaran susulan keadaan ombak besar dan juga angin yang kuat.
Muhafandi Muhamad
Sun Mar 05 2023
Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut berdepan kesukaran susulan keadaan ombak besar dan juga angin yang kuat. - Foto Astro AWANI
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas di Pantai Kemayan Bachok
Seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Pantai Kemayan di Bachok pagi tadi.
Remaja 19 tahun dikhuatiri lemas
Sekumpulan rakan turun ke sungai untuk mandi selepas selesai kerja memunggah kayu di sebuah rumah yang terletak 300 meter dari sungai itu.