BACHOK: Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK) di sebidang tanah milik ibu bapanya di Kampung Panjang, di sini.
Mohd Zulkifli, 38, kemudian mengambil langkah berani untuk menukar daripada membela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.
Tiga tahun berselang, Mohd Zulkifli kini menjadi rujukan banyak pihak bukan sahaja dalam kalangan penternak malah beberapa agensi berkaitan apabila menunjukkan kejayaan dalam bidang tersebut.
"Kos membela lembu KK tinggi tetapi keuntungan kecil menyebabkan saya rasa tidak berbaloi, jadi saya tukar daripada bela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.
"Lembu hibrid atau lembu sado yang berusia lima hingga enam bulan harga dah mencecah lebih RM5,000 dan ini memberi pendapatan yang lebih kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Mohd Zulkifli yang lebih mesra di sapa 'Abe Zack' berkata walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid berbanding hanya tujuh ekor lembu KK, tiga tahun lalu.
"Hasil kejayaan yang dicapai mendapat perhatian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), mereka memberi sokongan apabila menyediakan geran kepada lima penternak lembu hibrid tahun lepas, jumlah tersebut meningkat kepada 13 peserta tahun ini.
"LPP mahu supaya ekosistem penternakan lembu hibrid yang baik diwujudkan dan pada masa depan projek lembu sado serta lembu pedaging berskala besar dapat dilaksanakan," kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.
Menurut Abe Zack sebagai mentor, beliau bertanggungjawab memberi latihan mengenai teknik penternakan yang betul termasuk kaedah terbaik mengurangkan kos makanan mamalia itu.
Bekas pemain bola sepak dan atlet olahraga Kelantan ini berkata menerusi beberapa pendekatan yang diambilnya, beliau sudah berjaya mengurangkan kos bahan makanan lembu hibrid peliharaannya.
"Satu perkara yang salah dalam aktiviti penternakan ini ialah orang akan beli lembu dahulu baru fikir mengenai makanan haiwan tersebut, saya pula ambil pendekatan berbeza apabila mengkaji dan melihat rutin pemakanan lembu.
"Saya tanam sendiri rumput napier dan rumput minyak selain itu di sekitar kawasan ladang ini sudah ada rumput liar.
"Di sekitar Bachok pula memang ramai petani yang menanam jagung, sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung sesuai dijadikan silaj jagung iaitu sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu.
"Saya beri lembu peliharaan makan tiga jenis rumput tersebut dan silaj jagung selain dedak, ini mengurangkan kos makanan kerana tidak terlalu bergantung kepada dedak sahaja," katanya.
Mohd Zulkifli berkata kejayaan beliau mewujudkan satu ekosistem penternakan yang baik dan mengurangkan kos telah mendapat perhatian pihak berwajib dan seterusnya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lain.
"Selain jadi mentor kepada penternak lain, saya juga sering membuat live melayan sahabat-sahabat di TikTok berkongsi pengalaman kaedah terbaik saya seperti untuk gemukkan lembu dan bantu lembu melahirkan anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Penternak, Mohd Zulkifli atau lebih mesra disapa 'Abe Zack' bersama lembu ternakannya ketika ditemui Bernama di Kampung Panjang di Bachok, Kelantan. - Foto Bernama
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Dulu ligat di padang, kini mentor perternakan lembu sado
Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK).