Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan Sungai Kesang, yang tular dengan persekitaran tenang dan jernih, sebagai lokasi 'pesta' mandi-manda kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa mereka.
Pengarah Perhilitan Melaka Mohd Hasdi Husin berkata ini kerana Sungai Kesang telah diisytiharkan sebagai habitat buaya sejak 2018.
Beliau berkata untuk makluman orang ramai dan berdasarkan pemerhatian Perhilitan, dua hingga tiga ekor buaya tembaga dewasa atau nama saintifiknya Crocodylus Porosus, dipercayai ada di sepanjang Sungai Kesang itu.
"Jangan mandi-manda, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini akibat menganggu habitat reptilia pemangsa itu. Papan tanda amaran ada buaya juga telah dipasang di lokasi sungai berkenaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Sungai Kesang di sini, pada Isnin.
Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka telah memaklumkan kepada Perhilitan bahawa Sungai Kesang menjadi jernih kebiruan ketika laut pasang dipercayai disebabkan tiada aktiviti pembukaan tanah dan pertanian di hulu sungai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Mohd Hasdi berkata Perhilitan tidak akan mengganggu habitat reptilia pemangsa itu kecuali jika ada aduan atau berlaku serangan terhadap orang awam.
Sungai Kesang, yang menjadi 'garis sempadan' antara Jasin, Melaka dan Tangkak, Johor, tular di media sosial baru-baru ini berikutan warnanya menjadi jernih kebiruan sehingga menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri ini untuk datang ke sungai itu mengambil gambar kenang-kenangan sambil bermanda-manda.
Sementara itu, seorang pengunjung, Roziah Awang, 37, dari Selangor berkata dia teruja dapat melihat sendiri air sungai itu yang tidak pernah dijangka beliau boleh menjadi begitu jernih.
Beliau yang pulang ke kampung halamannya di Chin Chin di sini selepas kerajaan memberi kebenaran merentas negeri, tidak melepaskan peluang ke sungai itu bersama keluarganya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Kejernihan air di Sungai Kesang dirakamkan fotoBERNAMA ketika berada di Laman Belia Sungai Rambai, Jasin, 15 Jun, 2020. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.

'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.

KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.

99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.

Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.

Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.