PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan sedang memperincikan beberapa peraturan berhubung pengeluaran kad akreditasi untuk pemandu bas, kata menteri berkaitan Anthony Loke.
"Malah, isu ini telah dibangkitkan kepada kami sebulan lepas dan kami telah bersetuju pengeluaran kad pemandu bas ini tertakluk kepada beberapa peraturan yang sedang diperincikan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NPSC) yang dipengerusikannya, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali sebagai berkata kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Beliau berkata kad akreditasi untuk pemandu akan membantu mencegah pemandu yang tidak mempunyai lesen atau tidak berpengalaman memandu di jalan raya.
Berhubung operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap bas persiaran di seluruh negara yang bermula Selasa lepas, Loke berkata sebanyak 351 kenderaan itu telah diperiksa setakat semalam.
Beliau berkata enam pemandu ditahan dan dilarang memandu kerana disyaki menggunakan bahan terlarang selepas gagal ujian urin dan terdapat empat kes pemandu tidak memiliki lesen.
"Kita memandang serius daripada angka ini, bahawasanya ada pemandu ini bukan sahaja tidak ada lesen tetapi terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang menyatakan Transit Aliran Massa (MRT) gagal mencapai sasaran penumpang, beliau berkata kelemahan itu sedang ditangani.
"Dari segi jumlah penumpang dan kekerapan, semua isu itu ditangani dari semasa ke semasa, bukan hanya kerana Laporan Ketua Audit Negara.
"Kami telah pun melaksanakan sistem petunjuk prestasi utama (KPI) untuk Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Berhubung operasi bersepadu JPJ terhadap bas persiaran di seluruh negara yang bermula Selasa lepas, Loke berkata sebanyak 351 kenderaan itu telah diperiksa setakat semalam. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.