"Biar betul...murah sangat kuih awak jual?" Itu reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila diberitahu enam keping kuih lopes dan lapan keping cucur udang hanya berharga RM4.
Penjual kuih itu Razali Abdul Latip, 58, berkata perdana menteri yang mengunjungi bazar Ramadan Bandar Dara Chini di sini hari ini, bertanyakan soalan sama sebanyak dua kali kerana mahukan kepastian mengenai harga kuih tersebut.
"Saya terangkan pada beliau bahawa kuih lopes ini tiga keping untuk RM1 manakala cucur udang RM1 boleh dapat empat keping.
"Pada awalnya beliau mengambil tiga sahaja cucur udang, tapi bila sudah diberitahu harganya terus perdana menteri cukupkan RM2... Itu pun beliau masih kata terlalu murah," katanya kepada Bernama semasa ditemui di bazar berkenaan.
Razali berkata beliau hanya mengambil upah menjual kuih itu dan harga yang dikenakan adalah berdasarkan persetujuan bersama dengan pembuat kuih, yang masing-masing enggan mengenakan harga mahal.
Harga murah itu merupakan 'strategi' mereka untuk menarik lebih ramai pembeli selain mengekalkan rasa kuih yang sedap, kata Razali yang telah 30 tahun meniaga di bazar berkenaan.
Selain itu, kunjungan Najib ke bazar itu juga menggembirakan penjual air tebu Siti Zaleha Ahmad, 62, apabila beberapa bungkus air tebu di gerainya habis 'diborong' Anggota Parlimen Pekan itu pada harga RM32.
Siti Zaleha yang dibantu cucunya Suhaida Suparman, 22, berkata Najib adalah pemimpin negara pertama yang berkunjung ke gerainya, sejak berniaga minuman itu di tapak sama sejak 20 tahun lalu.
Najib juga sempat bertanya penjual sate dan ayam percik Zaidah Abdullah, 59, mengenai perniagaannya sementara menunggu wanita yang berasal dari Felda Chini 4 itu membungkus sate yang dibelinya.
"Beliau bertanya berapa cucuk sate dapat saya jual dalam sehari. Saya jawab pada bulan puasa, jualan agak menurun iaitu 900 cucuk sehari, berbanding hari biasa yang boleh menjangkau sehingga 2,000 cucuk," katanya menambah Najib membayar RM40 untuk sate itu.
Kunjungan Najib ke bazar berkenaan, meskipun hanya selama 15 minit, cukup untuk membuat pengunjung bazar itu teruja apabila ramai di antara mereka cuba untuk merakamkan gambar bersama beliau dengan menggunakan telefon bimbit.
Bernama
Sun Jul 12 2015
Najib (dua, kanan) bertemu orang ramai ketika lawatannya ke bazar Ramadan Bandar Dara Chini di Pekan pada Ahad. - fotoBERNAMA
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.