BALI: Perdagangan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan merupakan rangsangan penting untuk membolehkan Malaysia membangunkan sektor storan atau penyimpanan tenaga baterinya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Pada masa ini, masih sukar untuk menjadikannya cekap dari segi kos di Malaysia tetapi saya berpendapat sebaik sahaja anda membenarkan rentas sempadan, maka ia akan dapat dilaksanakan," katanya kepada media Malaysia di Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN ke-41 (AMEM-41) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2023.
Beliau berkata storan tenaga bateri adalah komponen penting dalam meningkatkan kapasiti TBB negara, sambil menambah Malaysia berminat untuk menjadi hab TBB di ASEAN.
"Kita sedar bahawa dalam grid kuasa ASEAN, Malaysia akan berada tepat di pusatnya, jadi sebab itu saya fikir kita boleh menjadi hab untuk TBB," katanya.
Pada Mei tahun ini, kerajaan memansuhkan larangan eksport tenaga boleh baharu, membenarkan perdagangan TBB dengan negara jiran sebagai sebahagian daripada semakan dasar untuk mengukuhkan sektor tenaga hijau negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Perdagangan TBB rentas sempadan penting untuk Malaysia bangunkan sektor storan tenaga Perdagangan TBB rentas sempadan penting untuk Malaysia bangunkan sektor storan tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689323764_NikNazmi.jpg)
Nik Nazmi berkata, Malaysia berminat untuk menjadi hab TBB di ASEAN. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720624767_AbangJohari.jpg)
Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.
![Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684211306_KualaLumpur.jpg)
Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.
![Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715938066_AnwarIbrahim.jpg)
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
![Allahyarham Abdul Taib letak asas kukuh dasar pembangunan tenaga boleh baharu Sarawak Allahyarham Abdul Taib letak asas kukuh dasar pembangunan tenaga boleh baharu Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715162028_DatukIbrahimBaki.jpg)
Allahyarham Abdul Taib letak asas kukuh dasar pembangunan tenaga boleh baharu Sarawak
Penerimaan awal Sarawak terhadap dasar TBB merupakan hasil pandangan jauh Allahyarham, yang membangunkan SCORE, kira-kira 16 tahun lepas.
![Malaysia bergerak menjadi pengeksport tenaga boleh baharu - PM Anwar Malaysia bergerak menjadi pengeksport tenaga boleh baharu - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710209865_TBAnwarIbrahimj.jpg)
Malaysia bergerak menjadi pengeksport tenaga boleh baharu - PM Anwar
Malaysia mempunyai kapasiti yang kuat dalam sektor solar dan tenaga hijau, kata Perdana Menteri.
![Golongan muda perlu digalakkan ceburi sektor tenaga boleh baharu - Amir Hamzah Golongan muda perlu digalakkan ceburi sektor tenaga boleh baharu - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706259218_TBAMIRHAMZAHAZIZ.jpg)
Golongan muda perlu digalakkan ceburi sektor tenaga boleh baharu - Amir Hamzah
Golongan muda perlu digalakkan untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu (TBB) yang dapat membantu usaha kerajaan mempercepat peralihan tenaga negara.
![Penubuhan kumpulan insurans ASEAN sokong tenaga boleh baharu hampir direalisasi Penubuhan kumpulan insurans ASEAN sokong tenaga boleh baharu hampir direalisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702053487_ASEANRENEWABLEENER.jpg)
Penubuhan kumpulan insurans ASEAN sokong tenaga boleh baharu hampir direalisasi
ARWC berikrar untuk menyokong dalam kapasiti taja jamin serta menetapkan syarat penubuhan ASEAN Renewable Energy Pool (AREP).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Oktober 2023.
![Austria mahu henti sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai 2024 Austria mahu henti sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697626786_windmill.jpg)
Austria mahu henti sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai 2024
Kerajaan Austria pada Selasa mengumumkan cadangan untuk mengharamkan pemasangan sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai tahun depan.
![Malaysia catat kemajuan dalam peralihan tenaga, permudah urusan perniagaan - PM Anwar Malaysia catat kemajuan dalam peralihan tenaga, permudah urusan perniagaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696572364_anwar.jpg)
Malaysia catat kemajuan dalam peralihan tenaga, permudah urusan perniagaan - PM Anwar
Malaysia telah mencatat kemajuan dalam usaha peralihan tenaga selain bertindak memudahcara aspek menjalankan perniagaan di negara ini.