KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia yang merosot kepada RM1.718 trilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 berbanding RM1.869 trilion bagi tempoh sama pada 2022 adalah disebabkan penurunan nilai sektor komoditi seperti sawit dan petroleum.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata penyusutan itu adalah berikutan kelembapan ekonomi di pasaran utama Malaysia seperti Amerika Syarikat dan China dan gangguan dalam rantaian bekalan.
"Bagaimanapun, Malaysia masih merekodkan lebihan dagangan ke-40 bulan berturut-turut pada Ogos 2023, justeru melambangkan asas perdagangan negara yang kukuh.
"Peningkatan ini disokong oleh sektor-sektor bernilai tinggi seperti elektrik dan elektronik. Seterusnya, trend penurunan nilai perdagangan baru-baru ini bersifat sementara dan juga dapat dilihat pada prestasi perdagangan negara-negara Asean lain seperti Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Negara hari ini.
Katanya dalam usaha memastikan prestasi perdagangan negara kekal mampan, MITI menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melaksanakan 30 program promosi eksport bagi 2023 dengan 12 daripadanya menyasarkan peningkatan eksport ke negara-negara Asean.
"Untuk meneruskan momentum pertumbuhan eksport, sejumlah 63 program promosi eksport telah dirancang bagi 2024 dengan 16 daripadanya melibatkan negara-negara Asean," katanya.
Berhubung kadar kesedaran dan penggunaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) khususnya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam kalangan komuniti perniagaan yang disifatkan sangat rendah, Liew berkata MITI telah melaksanakan pelbagai libat urus dengan pihak berkepentingan.
Beliau berkata kementerian telah melaksanakan kira-kira 300 sesi libat urus dan penerangan kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk dewan perniagaan dan persatuan industri, sebelum RCEP berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 dan CPTPP pada 29 November 2022.
Pada 8 Ogos 2023, MITI telah melaksanakan sesi libat urus bagi menerangkan faedah RCEP dan CPTPP kepada kira-kira 250 wakil pelbagai dewan perniagaan dan persatuan industri.
Dari segi kadar penyertaan rendah dalam RCEP dan CPTPP, Liew berkata kadar penyertaan Malaysia kepada RCEP dan CPTPP diukur melalui pengeluaran sijil tempasal bagi eksport Malaysia ke negara-negara RCEP dan CPTPP bagi pengeksport Malaysia menikmati layanan tarif berkeutamaan.
Beliau berkata bagi tempoh CPTPP berkuat kuasa pada 29 Nov 2022 sehingga 15 Sept 2023, sebanyak 3530 sijil tempasal bernilai RM1.29 bilion telah dikeluarkan, manakala bagi tempoh RCEP berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 sehingga 15 Sept 2023, sebanyak 2134 sijil tempasal bernilai RM 646 juta dikeluarkan.
"Ini menunjukkan pengeksport dan pengilang Malaysia telah mula menggunakan layanan tarif berkeutamaan bagi menikmati faedah akses pasaran yang terbuka oleh RCEP dan CPTPP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Liew berkata penyusutan itu adalah berikutan kelembapan ekonomi di pasaran utama Malaysia seperti Amerika Syarikat dan China dan gangguan dalam rantaian bekalan. - Gambar fail/Bernama
AWANI 7:45 [06/10/2024] – Tuduhan palsu | Krisis kemanusiaan semakin parah | Tindakan akibat tekanan anak di Gaza | Misi lawatan PM di Pakistan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
AWANI Global: konflik Asia Barat: Perang Israel-Hezbollah
Israel semakin 'menggila' memperluaskan tujuan perangnya menyerang sempadan negara berdaulat yang bersekutu dengan Hamas. Sejauh mana keangkuhan Israel membuka mata dan merubah pandangan dunia terhadap kekejaman peristiwa di Palestin pada 7 Oktober tahun lalu?
AWANI Ringkas: Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Oktober 2024
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
Kalau mahu lindungi gajah, selamatkan kami dulu
Lebih seribu penduduk di tiga kampung di Hulu Terengganu semakin dihimpit ketakutan apabila kampung mereka bagaikan bertukar menjadi perkampungan gajah.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Operasi larangan merokok di premis, Akta 852 berkuatkuasa
Akta 852 atau Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi teruskan aliran meningkat
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.20 mata kepada 1,538.03 daripada paras penutup 1,535.83 semalam.
Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari
Jawatankuasa teknikal akan memastikan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor tersebut dapat jalankan perniagaan tanpa sebarang halangan.
Perdagangan Malaysia susut susulan penyusutan nilai sektor komoditi - Liew
Pada 8 Ogos 2023, MITI telah melaksanakan sesi libat urus bagi menerangkan faedah RCEP dan CPTPP kepada kira-kira 250 wakil pelbagai dewan perniagaan dan persatuan industri.