KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi pagi ini susulan sentimen positif di Wall Street Amerika Syarikat (AS) apabila para pelabur optimis dengan data senarai gaji bukan ladang yang akan diumumkan lewat hari ini.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.20 mata kepada 1,538.03 daripada paras penutup 1,535.83 semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.69 mata kepada 1,536.52.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 190 berbanding 121, manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,684 tidak diniagakan dan 29 digantung.
Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street ditutup tinggi disokong oleh industri semikonduktor dan keyakinan pelabur terhadap data pekerjaan bulan Februari.
"Di pasaran tempatan, sokongan belian dijangka dilihat dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, emas dan perladangan serta harga komoditi asas yang diniagakan kukuh.
"Minat mungkin juga menular ke sektor teknologi dan kami turut melihat peningkatan momentum belian dalam sektor pembinaan," kata firma penyelidikan itu.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB meningkat lapan sen kepada RM6.60, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM11.20, Public Bank dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM4.30 dan RM6.94 sen manakala Maybank susut satu sen kepada RM9.69.
Dalam kalangan kaunter cergas, Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 28.5 sen, Harvest Miracle Capital, TWL Holdings dan Joe Holdings tidak berubah masing-masing pada 11.5 sen, 3.5 sen dan 24.5 sen manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.83 mata kepada 11,414.82, Indeks FBMT 100 naik 21.40 mata kepada 11,076.86, Indeks FBM Emas Shariah menokok 13.20 mata kepada 11,414.84 dan Indeks FBM 70 menambah 52.77 mata kepada 15,396.04, manakala Indeks FBM ACE berkurangan 5.22 mata kepada 4,700.06.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 43.82 mata kepada 17,307.66, Indeks Tenaga naik 6.42 mata kepada 903.63, manakala Indeks Perladangan berkurangan 2.72 mata kepada 7,265.09 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.20 mata kepada 174.85.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 190 berbanding 121, manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,684 tidak diniagakan dan 29 digantung. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.