Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) akan terus komited melaksanakan projek perumahan mampu milik di negeri itu walaupun berdepan kekangan seperti kenaikan kos tanah dan bahan mentah.
Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA Rosman Hashim berkata komitmen itu tidak berubah walaupun PERDA hanya meraih keuntungan kecil iaitu bawah lima peratus berbanding syarikat lain yang meraih keuntungan hampir 20 peratus.
"Usaha ini selaras dengan tanggungjawab sosial PERDA iaitu mahu membantu penduduk memiliki rumah pada harga mampu milik dan mengelakkan mereka daripada berpindah keluar dari negeri ini.
"Kami sedaya upaya akan membina rumah yang lebih murah berbanding harga pasaran kediaman yang ditawarkan di Pulau Pinang...ini adalah untuk kepentingan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat cadangan pembangunan perumahan bercampur Sungai Bakap, di sini pada Isnin.
Projek tiga fasa itu akan bermula tahun depan dengan pembinaan 72 unit rumah kluster kos rendah, 112 unit rumah teres dua tingkat kos sederhana dan lima unit kedai serta pejabat melibatkan kos keseluruhan RM75 juta.
Rosman berkata rumah kluster kos rendah itu dijual bermula pada harga RM33,000 hingga RM42,000 dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar nama di Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bermula Isnin.
Beliau berkata rumah teres kos sederhana pula dijual bermula pada harga RM295,000 manakala ruang kedai dan pejabat dijual bermula dari harga RM400,000 iaitu di bawah paras harga pasaran.
Mengulas mengenai keuntungan kecil yang diperoleh, Rosman berkata pihaknya akur dengan hakikat itu namun pada masa sama berharap pihak berkuasa tempatan tidak menaikkan pelbagai caj lain kerana tujuan pembinaannya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.
"Perubahan caj perparitan baharu yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) awal tahun ini iaitu daripada RM10,000 kepada RM50,000 bagi setiap 0.4 hektar turut menyebabkan perbelanjaan meningkat selain kenaikan kos bahan mentah," katanya.
Bernama
Mon Apr 14 2014


WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat mempersiapkan usahawan di bawah bimbingan mereka untuk melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selaras perkembangan dunia digital.

PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar
Penyampaian maklumat dapat dibuat secara lebih berkesan, membolehkan masyarakat memahami dan mengenali PERDA dengan lebih mendalam.

PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.

Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.

TVET KPLB beri peluang pelatih sambung pengajian ke peringkat tinggi
Pelaksanaan TVET KPLB adalah berdasarkan kerangka sistem dengan laluan artikulasi bermula daripada peringkat sijil hingga ke peringkat tinggi (H-TVET).

Zuraida dengar keluhan pemohon PPR Permatang Tok Suboh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat tawaran Skim Perumahan Secara Sewa Beli PPR Permatang Tok Suboh kepada 20 penerima program perumahan itu pada majlis itu.

'Laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum'
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berkata, laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum.

PERDA komited jual rumah murah walaupun kos meningkat
Komitmen itu tidak berubah walaupun PERDA hanya meraih keuntungan kecil iaitu bawah lima peratus.