NIBONG TEBAL: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) akan meneruskan agenda membantu rakyat menerusi penganjuran pelbagai program turun padang bagi mendekatkan agensi itu dengan komuniti di luar bandar.
Pengerusi PERDA Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata beliau yakin menerusi kaedah itu penyampaian maklumat dapat dibuat secara lebih berkesan sekali gus membolehkan masyarakat memahami dan mengenali PERDA dengan lebih mendalam termasuk program serta bantuan-bantuan yang ditawarkan.
"Seperti hari ini, kita adakan Program Santuni Komuniti MADANI #PERDA Di Hati...ini siri ketiga dibuat tahun ini.. Kita mahu lebih agresif turun padang bertemu masyarakat supaya penyampaian dapat dibuat secara lebih berkesan mengenai input dan program ditawarkan PERDA.
"Selain projek perumahan PERDA juga ada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di samping pinjaman serta geran untuk membantu usahawan terutama peniaga kecil luar bandar," katanya ketika ditemui pada program itu di Taman Sungai Bakap Perdana di sini semalam.
Shaik Hussein berkata komuniti luar bandar antara komponen kumpulan sasar terbesar dan PERDA akan memastikan segala manfaat serta faedah pelaksanaan program dan projek yang dilaksanakan turut dinikmati oleh kumpulan itu.
Sementara itu, Pengurus Besar PERDA Mohd Asri Baharum berkata program seumpamanya bukan sekadar medium mendekatkan agensi dengan masyarakat tetapi turut digunakan bagi mendapatkan input, maklum balas serta idea orang ramai bagi tujuan penambahbaikan selain memperkasakan lagi agensi itu selari perkembangan semasa.
"Hujung tahun ini dasar PERDA 2.0 akan dibangunkan, justeru menerusi program ini kita juga mengambil inisiatif mengumpulkan input daripada masyarakat luar bandar agar dapat diguna pakai dalam penambahbaikan pelan strategik PERDA pada masa depan demi kesejahteraan rakyat.
"Setakat ini, kita sudah mengumpul lebih kurang 500 idea untuk disaring dan kita akan klusterkan mengikut kesesuaian termasuk program di PERDA-TECH," katanya.
Antara idea yang dicadangkan termasuk melonggarkan syarat kemasukan ke PERDA-TECH untuk pelajar yang tidak layak masuk ke institusi pengajian tinggi dan mengadakan program kerjasama dengan syarikat lebih besar supaya peluang pelatih mendapatkan pekerjaan lebih tinggi.
Bagi Program Pembangunan Usahawan pula dicadangkan supaya PERDA tidak hanya memfokuskan kepada usahawa berjaya sebaliknya turut menumpukan kepada mereka yang baharu berjinak-jinak dalam perniagaan dengan memberi bimbingan, latihan serta geran bersesuaian.
Terdahulu, PERDA turut mengadakan Pra Pelancaran Projek Perumahan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa Il dan Fasa III, menerusi pembinaan sebanyak 105 Unit rumah dan dijangka siap pada Sept 2025, melibatkan penggunaan tanah seluas tiga hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
![PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719134122_tbPERDAPulauPinan.jpg)
Shaik Hussein (dua, kanan) hadir bagi merasmikan Program Santuni Komuniti MADANI #PERDA Di Hati di Taman Sungai Bakap Perdana semalam. - Facebook PERDA
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732794519_TBShaikHusseinMydin.jpg)
PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat mempersiapkan usahawan di bawah bimbingan mereka untuk melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selaras perkembangan dunia digital.
![PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719134122_tbPERDAPulauPinan.jpg)
PERDA agresif turun padang santuni komuniti luar bandar
Penyampaian maklumat dapat dibuat secara lebih berkesan, membolehkan masyarakat memahami dan mengenali PERDA dengan lebih mendalam.
![PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung' PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713712310_TBKAMPUNGHOMESTAY.jpg)
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
![Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662516742_PERDAexpo.jpg)
Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.
![TVET KPLB beri peluang pelatih sambung pengajian ke peringkat tinggi TVET KPLB beri peluang pelatih sambung pengajian ke peringkat tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654785034_AbdulRahmanMohamad.jpg)
TVET KPLB beri peluang pelatih sambung pengajian ke peringkat tinggi
Pelaksanaan TVET KPLB adalah berdasarkan kerangka sistem dengan laluan artikulasi bermula daripada peringkat sijil hingga ke peringkat tinggi (H-TVET).
![Zuraida dengar keluhan pemohon PPR Permatang Tok Suboh Zuraida dengar keluhan pemohon PPR Permatang Tok Suboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569588660_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Zuraida dengar keluhan pemohon PPR Permatang Tok Suboh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat tawaran Skim Perumahan Secara Sewa Beli PPR Permatang Tok Suboh kepada 20 penerima program perumahan itu pada majlis itu.
!['Laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum' 'Laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437881732_ONEMDB.jpg)
'Laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum'
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berkata, laporan awal siasatan 1MDB tidak perlu didedahkan kepada umum.
![PERDA komited jual rumah murah walaupun kos meningkat PERDA komited jual rumah murah walaupun kos meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81392282218_295x200.jpg)
PERDA komited jual rumah murah walaupun kos meningkat
Komitmen itu tidak berubah walaupun PERDA hanya meraih keuntungan kecil iaitu bawah lima peratus.