KUCHING:Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin COVID-19 dari China sebelum mendapatkan persetujuan melakukan ujian itu.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Chin Zin Hing berkata bagi tujuan tersebut mereka yang terpilih akan dihubungi secara individu untuk datang ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Beliau berkata hanya selepas dijelaskan akan spesifikasi ujian itu, dan individu itu bersetuju untuk mengambil bahagian, barulah mereka secara rasmi dapat dimasukkan dalam senarai percubaan klinikal berkenaan.
"HUS merupakan salah satu daripada sembilan pusat penyelidikan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipilih untuk menjalankan ujian klinikal bertaraf antarabangsa ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri sedang mencari 400 orang sukarelawan di negeri ini untuk mengambil bahagian dalam ujian percubaan klinikal vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) di China.
Menurut beliau ujian klinikal adalah proses penting dan asas dalam perkembangan rawatan perubatan baharu, termasuklah vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh IMBCAMS.
"Malaysia adalah salah satu daripada negara yang dipilih IMBCAMS untuk kerjasama dalam bidang sains perubatan semasa wabak ini, dan ujian klinikal itu membabitkan 3,000 subjek," katanya.
Dalam ujian percubaan klinikal ini, 50 peratus daripada subjek berpeluang disuntik dengan vaksin sementara 50 peratus lagi kemungkinan disuntik dengan plasebo.
"Protokol kajian telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM dan akan dijalankan mengikut standard berkelas dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Bagi tujuan tersebut mereka yang terpilih akan dihubungi secara individu untuk datang ke Hospital Umum Sarawak (HUS). - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Percubaan vaksin hanya untuk individu setuju - Pengarah Kesihatan Sarawak
Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin COVID-19 dari China
Sarawak perlukan 400 sukarelawan bagi percubaan vaksin - Dr Chin
Percubaan vaksin ini dijangka bermula pertengahan Januari.