KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyerahkan salinan percakapan seorang saksi utama yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 kepada mahkamah.
Ini selepas Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid bersetuju pihak pembelaan berjaya membuktikan terdapat perbezaan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisan saksi pendakwaan ke-13, bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali.
Azhar berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.
"Saya mengarahkan pihak pendakwaan untuk menyerahkan salinan rakaman percakapan saksi Rafiq Hakim untuk penelitian dan pertimbangan sebelum tindakan seterusnya (tindakan mencabar kredibiliti saksi) ditentukan," kata Azhar.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin kemudian bertanya sama ada salinan percakapan itu perlu diserahkan kepada Yang Arif Hakim sahaja atau diberi juga kepada pihak lain.
Azhar berkata salinan percakapan perlu diserahkan kepada mahkamah terlebih dahulu untuk penelitian bagi mengesahkan perbezaan yang terdapat dalam keterangan lisan dan rakaman percakapan berkenaan, sebelum permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi ditentukan.
Jumaat lepas (22 Julai), Syed Saddiq yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod SPRM dan keterangan lisannya di mahkamah, berhubung prosedur pengeluaran RM1 juta daripada akaun bank Armada.
Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berhujah percanggahan itu merujuk kepada masa dan tempat arahan yang didakwa diberikan oleh Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim dan Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta dan tujuan acara kutipan dana di Muar.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahguna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perbicaraan Syed Saddiq: Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi utama
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.