KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini, esok.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baharu setelah peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak boleh hadir untuk prosiding pagi esok kerana mempunyai kes di Mahkamah Persekutuan.
Muhammad Shafee sedang menyoal balas saksi pendakwaan ke-47, penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan yang akan kembali pada sebelah petang.
Difahamkan bahawa saksi seterusnya ialah ACP Foo Wei Min, yang merupakan ketua pasukan penyiasat jenayah antipengubahan wang haram Bukit Aman pada masa itu.
Foo adalah antara pegawai penyiasat yang melakukan serbuan di unit kondominium milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion, di sini, di mana barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan dirampas kerana dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB pada 17 Mei 2018
Sementara itu, Adam Ariff dalam keterangannya menafikan bahawa beliau hanya mengambil dokumen tertentu dan memilih sumbernya semasa menjalankan analisis jejak wang 1MDB yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Muhammad Shafee mengenai analisisnya berhubung fasa "Aabar-BVI" yang didakwa peguam itu bahawa beliau (Adam Ariff) sengaja meninggalkan bahagian US$233 juta yang kononnya datang daripada penggunaan pinjaman US$975 juta.
Adam Ariff tidak bersetuju dengan saranan Muhammad Shafee bahawa beliau memilih jejak berkenaan setelah diarahkan supaya menganalisis dan mengesahkan apa yang telah dijalankan oleh penyiasat dalam pertuduhan terhadap Najib.
Muhammad Shafee: AS$233 juta di Aabar daripada penggunaan pinjaman US$975 juta....pinjaman itu telah pun digunakan sepenuhnya. Jadi, bayaran daripada Aabar Seychelles bukan daripada pinjaman?
Adam Ariff: Saya tidak setuju.
Semasa prosiding sebelah pagi, Muhammad Shafee mengulangi bahawa pembelaan Najib dalam kes itu ialah bekas perdana menteri menyangka wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada Almarhum Raja Saudi.
Muhammad Shafee: Kamu tahu, bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini memberi keterangan bahawa BNM mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengetahui sumber dana yang dikreditkan ke dalam akaun Najib. Kamu mengambil masa kira-kira dua tahun ....
Muhammad Shafee: Oleh itu, adalah munasabah untuk Najib tidak mengetahui sumber wang itu kerana BNM pun tidak tahu sumbernya?
Adam Ariff: Saya tiada komen
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
![Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695290841_NajibTunRazak.jpg)
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599046276_MDatukShahrol.jpg)
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
![Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709018256_ShafeeAbdullah.jpg)
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
![Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708337865_NajibTunRazak.jpg)
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datu
![Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81448964770_mdb.jpg)
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
![Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690085498_TBJasmineLoo.jpg)
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19 Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19
Perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi diberitahu seorang saksi utama dijangkiti COVID-19.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
![Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698308190_Najib.jpg)
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
![Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690366234_NajibTunRazak.jpg)
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB GIL ke dalam akaun baharunya.
![Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695290841_NajibTunRazak.jpg)
Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok
Pegawai penyiasat bagi skandal 1MDB dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak, esok.