Kandungan cecair vape dan penjualannya di pasaran adalah antara aspek yang diambil kira dalam proses merangka undang-undang berkaitan kawal selia rokok elektronik (vape).
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, hal ini bagi memastikan kandungan cecair vape tidak dicampurkan dengan bahan kimia lain dan penjualannya hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja.
"Kami mahu memastikan golongan remaja khususnya bawah 18 tahun tidak terdedah kepada gejala vaping yang akhirnya mengundang kepada ketagihan dan kerosakan akhlak.
"Penjualan rokok elektronik juga wajib dilabelkan jika mengandungi cecair vape bagi memastikan ia tidak dicampurkan dengan bahan yang mengandungi dadah berbahaya untuk keselamatan pengguna," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara khas.
Dalam undang-undang sedia ada ketika ini, dua peruntukan mengawal penggunaan nikotin iaitu di bawah Akta Racun di mana preskripsi nikotin hendaklah dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar dengan kementerian dan orang biasa sama sekali tidak dibenarkan menjual nikotin.
Justeru, Dr Lee berkata pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi terlibat antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia dalam menggubal penguatkuasaan peraturan itu.
"Seperti mana rokok tembakau, kami juga mahu menguatkuasakan penggunaan vape di kawasan terbuka dan tertutup seperti di restoran dan taman-taman awam, selain mengambil kira harga jualan dan pelaksanaan cukai.
"Namun demikian, kami masih dalam peringkat permulaan iaitu drafnya telah dihantar kepada AGC (Pejabat Peguam Negara) buat masa ini, dan jika tiada halangan dijangka siap dan dibentangkan di Parlimen sekurang-kurangnya tahun hadapan," katanya.
Dr Lee berkata setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa remaja lelaki yang dimasukkan ke Hospital Nuklues Labuan akibat menghisap vape pada 8 Nov lepas menghidapi penyakit Evali.
Penyakit maut yang berlaku di Amerika Syarikat itu berpunca daripada penyalahgunaan produk Vitamin E asetat dan tetrahydrocannabinol (THC) iaitu bahan dadah yang dicampurkan dalam cecair vape.
"Kami masih lagi menyiasat punca kes pesakit di Labuan itu dan tiada tanda yang menunjukkan bahawa dia menghidap penyakit Evali.
"Namun buat masa sekarang di Malaysia, kandungan cecair vape tidak dikesan mempunyai bahan dadah berbahaya itu selain nikotin, bagaimanapun penyiasatan dan kajian masih dijalankan secara menyeluruh agar penyakit itu tidak berlaku dalam kalangan perokok vape di Malaysia," katanya.
Penyakit misteri paru-paru itu diberi kod nama Evali iaitu gabungan e-rokok, vape atau produk berkaitan kecederaan paru-paru yang mana telah menyebabkan 39 kematian melibatkan pengguna vape di Amerika Syarikat setakat ini.
Pada 8 Nov lepas, seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Penyakit maut yang berlaku di Amerika Syarikat berpunca daripada penyalahgunaan produk Vitamin E asetat dan THC, iaitu bahan dadah yang dicampurkan dalam cecair vape. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.