IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkemaskan kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara bagi mencegah sebarang ancaman ekoran kelantangan Malaysia dalam Perang Palestin-Israel.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis juga akan memperkasakan lagi risikan bagi melindungi semua pihak yang berkemungkinan menjadi sasaran.
"Kita sentiasa memantapkan dan memperkemaskan lagi pemantauan kita sama ada dari segi pintu-pintu masuk, dari segi risikan yang kita perolehi daripada Cawangan Khas, dari segi kita memperkasakan lagi kawalan-kawalan kita terhadap sasaran-sasaran penting.
"Ini termasuk juga penglibatan negara-negara asing yang ada di sini yang mungkin dijadikan sasaran oleh pihak-pihak yang tertentulah... yang tidak berpuas hati dengan tindakan-tindakan yang berlaku di Palestin dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-59 69 Komando Pasukan Gerakan Khas di Padang Kawad Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta pada Rabu.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu bimbang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka.
Menurutnya, setakat ini, rekod membuktikan PDRM berjaya mengesan dan menangani sebanyak 26 ancaman keselamatan sejak 2013 hingga 2020.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Ayob Khan berkata, kertas siasatan kes lelaki disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Katanya, suspek berusia 28 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, pihak polis juga mendapat arahan lanjut untuk memperolehi laporan forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang orang ramai supaya lebih bertanggungjawab membuat hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Fadhlina.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 08 2023

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis juga akan memperkasakan lagi risikan bagi melindungi semua pihak yang berkemungkinan menjadi sasaran. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.