Ramai peniaga atau pengusaha perkhidmatan yang berdepan situasi getir sejak Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dikuat kuasa 18 Mac lepas.
Ada yang terpaksa gulung tikar, tidak kurang juga yang mampu bertahan sama ada kerana faktor kewangan yang kukuh atau kerana ada alternatif lain bagi menjana pendapatan.
Bagi pemilik syarikat perancang majlis, PicInsight Sdn Bhd Sabel Valentine Labang, 37, tempoh PKP bukan pengakhiran buatnya untuk terus mencari sumber pendapatan.
Anak jati Sibu, Sarawak ini bernasib baik kerana keluarganya ada ladang sawit di Nanga Stapang, Selangau, di sini.
Jelasnya, berdepan cabaran sepanjang tempoh PKP menyebabkan dia nekad untuk kembali ke kampung halaman.
“Pada saat itulah saya memutuskan untuk terus berada di sini bersama adik-beradik yang lain kerana perniagaan saya masih tidak dapat dijalankan seperti sebelumnya,” katanya.
Bersama ahli keluarganya yang lain dan dua pekerja, mereka mengusahakan ladang sawit seluas empat hektar.
Bagi bapanya, Valentine Labang Ngalih, dia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anak-anaknya untuk bersama di kampung bagi mengusahakan ladang sawit tersebut.
"Kerja menjadi lebih mudah dengan adanya bantuan anak-anak.
"Walaupun hasil tuaian tidak seberapa tapi apabila melihat kerjasama daripada anak-anak yang membanting tulang, sudah membuatkan saya senang hati," ujarnya.
Namun, usaha itu bukan mudah memandangkan peraturan menghadkan jumlah pekerja di ladang selain ada pekerja yang sudah kembali ke negara asal.
Namun bagi Valentine dan keluarganya, daripada terbiar, adalah lebih baik mereka memerah keringat sendiri mengusahakan ladang berkenaan demi menjana pendapatan tanpa perlu merintih meminta-minta.
Lynch Cowan
Sat May 16 2020
Valentine rela bekerja keras di ladang sawit asalkan dapat mencari pendapatan sendiri tanpa perlu meminta-minta. - FOTO: Astro AWANI
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis
Kehadiran MUDA dalam PRN memberikan alternatif kepada pengundi tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan.
Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE
Pengguna sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan atau alternatif, dan kerajaan perlu menumpukan usaha terhadap mencukupkan bekalan, mengawal harga serta kualiti bahan.
Penternak ayam kampung tidak menang tangan
Pengguna mula beralih kepada ayam kampung sebagai alternatif, memandangkan ia mudah diperoleh.
Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.
Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik
Jaminan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein benar-benar melegakan rakyat.
Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin
Mereka mahu menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.
Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.
Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19
Puspakom Sdn Bhd cawangan Cheras ditutup sementara bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu perhalusi semula keputusan untuk tidak membenarkan saingan Piala Malaysia 2020 dilangsungkan.
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.