IPOH: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), memperuntukkan RM2 juta bagi membantu 342 pesawah luar jelapang padi, menerusi dana bantuan infrastruktur dan pembangunan padi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata RM1 juta, disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang.
"Ada petani yang diberikan bantuan pinjaman untuk membeli dron untuk tujuan membaja dan meracun, yang sememangnya berjaya menjimatkan masa sesuai perkembangan teknologi terkini.
"Kebanyakannya merupakan pengusaha padi di daerah Perak Tengah dan Kuala Kangsar, dan mereka merupakan antara penyumbang utama kepada keberhasilan sekuriti makanan di negara ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Dana Bantuan Infrastruktur dan Pembangunan Padi di samping melawat Pasar Tani Mesra di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini pada Rabu.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian Perak Norsiyenti Othman dan Ketua Pegawai Operasi PPPNP Mohd Kahar Mukktaruddin.
Bagi dana pinjaman, seramai sembilan pengusaha padi ditawarkan pinjaman berjumlah RM681,300 untuk pembelian dron, bateri pintar, mesin dan juga jentera.
Dana menaik taraf infrastruktur pula melibatkan 333 pesawah padi luar jelapang di daerah Perak Tengah dan Kuala Kangsar pula bagi kerja pembinaan parit ladang, kerja-kerja perataan dan pengapuran dengan keluasan 846 hektar.
Mohd Zolkafly berkata setakat ini bekalan makanan di Perak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan dan kerajaan negeri akan terus meningkatkan keberhasilannya selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.
"Kita mahu pastikan akan ada pertambahan keberhasilan setiap produk yang kita hasilkan, agar dapat menyumbang kepada masyarakat bukan sahaja di Perak tetapi luar dari negeri ini," katanya.
Terdahulu Pasar Tani Mesra itu telah menyediakan hampir 2,000 ekor ayam yang dijual pada harga RM6 seekor, berbanding harga pasaran sekitar RM12.50.
Dalam masa sama pihak penganjur turut menjual 2,000 papan telur ayam gred A pada harga RM10, berbanding harga pasaran lebih RM13.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
![Perak peruntuk RM2 juta bantu petani Perak peruntuk RM2 juta bantu petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644165055_MohdZolkaflyHarun.jpg)
Mohd Zolkafly berkata RM1 juta, disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang. -Gambar fail/BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025 Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736120167_greeniguanaiguana.jpg)
Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.
![Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717999770_TBMohamadSabujp.jpg)
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
![Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682587191_Pekerjasawahpadi.jpg)
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
![Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717247784_ZahariSarip.jpg)
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.
![Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717850666_AmirHamzahAzizan.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
![KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717747258_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani
KPDN menyerahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti semula penyasaran subsidi diesel yang melibatkan petani.
![Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708780038_TBCUACAPANASjpg.jpg)
Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
![Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710767298_padipokoksena.jpg)
Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani
Petani terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering.
![Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700649722_SawahPadi.jpg)
Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah
Seorang petani berkata, walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai mengurangkan kerugian dihadapi.